Fabregas milik Barcelona |
Semalam merupakan hari yang mengecewakan untuk warga Gooners. Manakan tidak, Cesc Fabregas (bekas skipper Arsenal) telah berpindah ke musuh tradisi dari Spain, FC Barcelona dengan anggaran 35 juta Pound Sterling atau RM 170.3 juta. Perpindahan secara rasmi semalam menamatkan spekulasi yang melanda pemain berusia 24 tahun yang dikaitkan dengan Barcelona sejak beberapa musim lalu. Dengan mengikat kontrak selama 5 tahun dan release clause 175 juta Pound Sterlling, Fabregas telah kembali ke kelab lama beliau yang ketika itu berusia 16 tahun. Fabregas juga akan bermain bersama-sama Xavi, Iniesta, Puyol, David Villa dan pemain terbaik dunia, Lionel Messi.
Bagi pihak Arsenal macam aku ni, sudah pasti terasa kehilangan seorang pemain yang terkenal dengan melakukan killer pass dan seorang penjana peluang diatas padang. Ditambah lagi dengan spekulasi pemergian Samir Nasri serta Eboue, skuad Arsenal dilihat lemah pada ketika ni. Walaupun Arsenal telah membeli Gervinho tetapi game 1st dah kene kad merah sebab tempeleng muka Joey Barton pada game menentang Newcastle.
Gervinho dibuang padang |
Selepas ini Arsenal akan menentang Udinese (playoff Liga Juara-Juara Eropah), Liverpool dan Manchester United dalam saingan liga. Lebih malang lagi bila Alex Song akan digantung selepas bersalaht dalam memijak kaki Joey Barton (lagi) dengan sengaja. Jadual perlawanan akan datang ini aku lihat agak sukar tetapi aku yakin pemain Arsenal komited dengan setiap perlawanan dan aku serta penyokong sentiasa dibelakang menyokong!
Alex Song bersalah memijak kaki Joey Barton dengan sengaja |
Sebagai penyokong Gooner, sudah pasti aku mahu melihat beberapa pengisiaan dalam skuad selepas pemergian Fabregas. Sekurang-kurang membawa masuk 2 atau 3 pemain baru yang berpengalaman (pemain muda sudah ramai) bagi mengisi bahagian tengah dan hadapan. Apa pun aku meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Arsene Wenger dalam mengemudi Arsenal pada musim ini.
Arsene Wenger |
Sudah 6 musim Arsenal kemarau piala sejak kali terakhir pada 2005 (FA Cup)
-Nazim-
No comments:
Post a Comment