Assalamualaikum,
Disini beta ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Puasa atau Eid Fitri kepada semua muslimin dan muslimat. Eid Fitri merupakan hari kemenangan untuk seluruh umat Islam yang berjaya menempuh sebulan berpuasa dari makan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa serta menahan dari godaan nafsu. Oleh itu, bagi aku yang layak menyambut hari kemenangan ini adalah orang yang berjaya melawan hawa nafsu dan ia adalah jihad terbesar pabila melawan hawa nafsu pada bulan Ramadhan.
Sekali lagi Ramadhan meninggalkan kita, Ramadhan satu-satu bulan yang Allah berikan kemuliaan semulia-mulianya. Dimana bulan turunnya Al Quran Karim, bulan tercetusnya Perang Badr, bulan dimana pembukaan Kota Mekah dan terdapat malam dimana lebih baik dari seribu bulan iaitu LailaturQadr. Mari kita tanya pada diri kita sendiri, apakah Ramadhan ini sangat bermakna bagi kita kepada Nya? atau ianya hanya sebulan yang kita hanya tahan lapar dan dahaga disamping dosa-dosa lain kita terus melakukannya? Adakah kita berpeluang berjumpa pada Ramadhan akan datang seperti kawan kita yang sudah meninggal dunia itu (semoga Allah mengampuni dosa-dosa beliau) ?
Pada hari raya pertama, ambillah kesempatan melakukan ibadah-ibadah sunat:
- Mandi sunat
- Makan sebelum ke solat Sunat
- Bersolat sunat
- Bertakbir dengan memuji kebesaran Allah
- Bermaaf-maafan sesama insan
Peringatan juga kepada semua agar menziarahi saudara dan merapatkan ukhwah. Mungkin satu hari nanti anak-anak mereka atau cucu-cucu mereka akan melakukan sama terhadap kita bukan? Sentiasalah bertakbir memuji Allah di hari kemenangan ini kerana Allah lah yang memberi kita kemenangan manis pada Eid Fitri.
Janganlah kita memulakan Eid Fitri dengan melakukan maksiat-maksiat yang kita tangguh pada bulan Ramadhan. Jauhilah maksiat kerana balasannya kelak amat memedihkan kita.
Akhir sekali, berhati-hatilah ketika memandu atau sentiasa menasihati pemandu anda berhati-hai dijalan raya.
InsyaAllah aku akan beraya di Johor, Perak dan Selangor.
Allah menyanyangi hamba-hamba Nya.
Sekali lagi Selamat Eid Fitri kepad semua hamba-hamba Allah. Railah dengan penuh gembira :)
-Nazim-
No comments:
Post a Comment