Sunday 28 August 2011

Salam Eid Fitri

Assalamualaikum,

Disini beta ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Puasa atau Eid Fitri kepada semua muslimin dan muslimat. Eid Fitri merupakan hari kemenangan untuk seluruh umat Islam yang berjaya menempuh sebulan berpuasa dari makan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa serta menahan dari godaan nafsu. Oleh itu, bagi aku yang layak menyambut hari kemenangan ini adalah orang yang berjaya melawan hawa nafsu dan ia adalah jihad terbesar pabila melawan hawa nafsu pada bulan Ramadhan.

Sekali lagi Ramadhan meninggalkan kita, Ramadhan satu-satu bulan yang Allah berikan kemuliaan semulia-mulianya. Dimana bulan turunnya Al Quran Karim, bulan tercetusnya Perang Badr, bulan dimana pembukaan Kota Mekah dan terdapat malam dimana lebih baik dari seribu bulan iaitu LailaturQadr. Mari kita tanya pada diri kita sendiri, apakah Ramadhan ini sangat bermakna bagi kita kepada Nya? atau ianya hanya sebulan yang kita hanya tahan lapar dan dahaga disamping dosa-dosa lain kita terus melakukannya? Adakah kita berpeluang berjumpa pada Ramadhan akan datang seperti kawan kita yang sudah meninggal dunia itu (semoga Allah mengampuni dosa-dosa beliau) ?

Pada hari raya pertama, ambillah kesempatan melakukan ibadah-ibadah sunat:
  1. Mandi sunat
  2. Makan sebelum ke solat Sunat
  3. Bersolat sunat
  4. Bertakbir dengan memuji kebesaran Allah
  5. Bermaaf-maafan sesama insan
Peringatan juga kepada semua agar menziarahi saudara dan merapatkan ukhwah. Mungkin satu hari nanti anak-anak mereka atau cucu-cucu mereka akan melakukan sama terhadap kita bukan? Sentiasalah bertakbir memuji Allah di hari kemenangan ini kerana Allah lah yang memberi kita kemenangan manis pada Eid Fitri.

Janganlah kita memulakan Eid Fitri dengan melakukan maksiat-maksiat yang kita tangguh pada bulan Ramadhan. Jauhilah maksiat kerana balasannya kelak amat memedihkan kita.

Akhir sekali, berhati-hatilah ketika memandu atau sentiasa menasihati pemandu anda berhati-hai dijalan raya.

InsyaAllah aku akan beraya di Johor, Perak dan Selangor.

Allah menyanyangi hamba-hamba Nya.


Sekali lagi Selamat Eid Fitri kepad semua hamba-hamba Allah. Railah dengan penuh gembira :)

-Nazim-

Friday 26 August 2011

Takde Mood pun Perlu Senyum

Hahaha..now aku mmg takde mood langsung nak beraya..
Just senyum tak perlu kata apa apa..
Senyum tak perlu kata apa apa..

-Nazim-

Sent from Android

Thursday 25 August 2011

Tension

Argghhhhhh.. tekanan betul la. Memang tekanan tahap tinggi dah ni. Tak pernah tekanan camni sejak SPM. Ermmmm.. Allah tolong hambaMu ini. Aku hanya insan lemah.

Tekanan
Tekanan
Tekanan

p/s: tiada kene mengene ngn personal problems, just responsibilty issues.

-Nazim-

Sent from Android

Wednesday 17 August 2011

Ramadhan

Bulan dimana turunnya wahyu Allah yang pertama kpd Nabi Muhammad, Surah Al Alaq (1-5)

Bulan dimana berlakunya perang pertama dalam sejarah Islam, Badar alQubra

Bulan dimana ada malam yang lebih baik dari seribu bulan, malam Lailatul Qadr

p/s: pasti aku merindui Ramadhan lepas ni T.T

-Nazim-

Sent from Android

Down

Morally down gila gila.
Mental aku toksah cakap la.
Perlukan masa sedikit untuk recover moral dan mental aku.

*sigh*

p/s: skrg aku rindu parent aku..

-Nazim-

Sent from Android

Tuesday 16 August 2011

Negara Kafir dan Negara Islam


Sekadar gambar hiasan

MAYAT BAYI DISANGKA PATUNG, TERSANGKUT DALAM SUNGAI - Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Mayat seorang bayi lelaki yang disangka patung mainan ditemui tersangkut pada perangkap sampah sungai di Kampung Puah Bahagia, Sentul di sini petang semalam. 
Pihak polis menerima maklumat awal daripada orang awam kira-kira pukul 4 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian. 
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut. 
“Mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membuat laporan,” katanya.


NOTA:

kalau ini berlaku di negara Kafir
negara di mana rakyatnya banyak makan babi
negara di mana rakyatnya minum wine dan beer
negara di mana rakyatnya tak sembahyang

Maka

akan gempar negara Kafir ini
berhari hari akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berminggu minggu akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berbulan bulan akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini

agamawan akan berbincang
paderi akan berbincang
golungan akademia akan berbincang
sosiolok akan berbincang
ibu bapa akan berbincang

seluruh masyarakat Kafir yang makan babi ini
akan berbincang untuk mengetahui kenapa ini berlaku
bukan untuk menyalahkan sesiapa
tetapi untuk memereksa diri
apakah mereka telah menjalankan kewajipan sebagai insan
Kafir-kafir ini akan memereksa diri

Tetapi

dalam negara Islam kita ini
yang hari hari berbuih buih cakap hal islam
yang hari hari tak ada cerita lain melainkan agama
berita macam ini muncul dan hilang
warga terlalu asik untuk menunjukkan kesucian masing-masing
warga terlalu sibuk menabur ayat-ayat suci
warga terlalu sibuk untuk membuktikan agama aku lebih baik dari agama kamu
warga terlalu sibuk dengan DNA babi

mayat bayi dalam jamban
mayat bayi dalam beg motosikal
mayat bayi tepi jalan
mayat bayi dalam kebun
mayat bayi dalam tong sampah

berita berita ini kerap muncul
kita taidak terusik lagi
kita tidak terguris hati
kita tiadak merasa sedih
kiat buat buat tak tahu
kita salahkan orang lain

kita telah lali

kita terlalu sibuk menyediakan tempat disyurga
sehinggakan kita lupa yang kita wujud di dunia

berita ini mucul dan hilang
tanpa mencuit nilai kita
kerana kita terlalu islam
kerana kita terlalu suci

Ahli-ahli Politik sibuk dengan kempen meraih undi
NGO-NGO sibuk dengan hak asasi
Para Akademik sibuk nak jadi tnc
Polis sibuk tangkap anak muda siang dan malam

yakinlah berita ini akan mati bagitu saja
JAWI akan terus dengan halal haramnya
JAIS akan terus dengan penangkapan khalwatnya
semua akan sibuk kerana melayu nak murtad

dan kita semua sibuk mencari pahala
dan kita semua sibuk mengumpul harta

inilah hakikatnya
malapetaka yang telah menimpa negara ini
semenjak 31 ogos 1957

*Entri ini diambil dari blog Tukar Tiub (Hishamuddin Rais)




Nota kaki:
Apa yang dikatakan oleh TT memang sangat benar. Renung2kan dan selamat membaca

-Nazim-

Selamat Tinggal

Fabregas milik Barcelona

Semalam merupakan hari yang mengecewakan untuk warga Gooners. Manakan tidak, Cesc Fabregas (bekas skipper Arsenal) telah berpindah ke musuh tradisi dari Spain, FC Barcelona dengan anggaran 35 juta Pound Sterling atau RM 170.3 juta. Perpindahan secara rasmi semalam menamatkan spekulasi yang melanda pemain berusia 24 tahun yang dikaitkan dengan Barcelona sejak beberapa musim lalu. Dengan mengikat kontrak selama 5 tahun dan release clause 175 juta Pound Sterlling, Fabregas telah kembali ke kelab lama beliau yang ketika itu berusia 16 tahun. Fabregas juga akan bermain bersama-sama Xavi, Iniesta, Puyol, David Villa dan pemain terbaik dunia, Lionel Messi.

Bagi pihak Arsenal macam aku ni, sudah pasti terasa kehilangan seorang pemain yang terkenal dengan melakukan killer pass dan seorang penjana peluang diatas padang. Ditambah lagi dengan spekulasi pemergian Samir Nasri serta Eboue, skuad Arsenal dilihat lemah pada ketika ni. Walaupun Arsenal telah membeli Gervinho tetapi game 1st dah kene kad merah sebab tempeleng muka Joey Barton pada game menentang Newcastle.

Gervinho dibuang padang

Selepas ini Arsenal akan menentang Udinese (playoff Liga Juara-Juara Eropah), Liverpool dan Manchester United dalam saingan liga. Lebih malang lagi bila Alex Song akan digantung selepas bersalaht dalam memijak kaki Joey Barton (lagi) dengan sengaja. Jadual perlawanan akan datang ini aku lihat agak sukar tetapi aku yakin pemain Arsenal komited dengan setiap perlawanan dan aku serta penyokong sentiasa dibelakang menyokong!

Alex Song bersalah memijak kaki Joey Barton dengan sengaja

Sebagai penyokong Gooner, sudah pasti aku mahu melihat beberapa pengisiaan dalam skuad selepas pemergian Fabregas. Sekurang-kurang membawa masuk 2 atau 3 pemain baru yang berpengalaman (pemain muda sudah ramai) bagi mengisi bahagian tengah dan hadapan. Apa pun aku meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Arsene Wenger dalam mengemudi Arsenal pada musim ini.


Arsene Wenger
Nota Kaki:
Sudah 6 musim Arsenal kemarau piala sejak kali terakhir pada 2005 (FA Cup)

-Nazim-

Singkat

Kenapa rasa hidup ini singkat?
Makin lama rasa makin hampir
Tapi sempat kah?
Ada ruang?
Kuatkah aku?
Aku tak tau

Allah Maha Mengetahui

p/s: tak tahu brape byk dosa pada org. Tak tahu juga brape yg aku ade.

SIGH.SIGH.SIGH

-Nazim-

Sent from Android

Monday 15 August 2011

Elitis? GTH!

Maaf, aku bukan kepingin sangat nak kawan ngn golongan elitis dan perangai kapitalis mcm korg.

Setakat kaya bernama tapi perangai mcm haram bukan standard aku. Berkawan ngn golongan taraf rendah dari elitis mcm korg lebih mulia dan dihormati.

Btw korg acting kaya pun sbb harta mak ayah bukan sbb korg berduit kan? Korg ad imagine life korg yg konon mewah lepas mak ayah korg takde nnt? Dgn belajar pon malas nk mampos, ad hati nk impi kehidupan yg mewah mcm skrg? Jgn berangan.

Nasihat aku, belajar lah susah sikit. Jgn manja sgt nak mintak itu ini dri mak ayah. Mmg lah dapat, tapi smpai bila? Bila time susah sikit merungut ckp life ni tak adil pada Tuhan. Marah caci Tuhan. Tapi diri tu ade berterima kasih pada Tuhan waktu senang?

Sorry la pada orang2 yang bertaraf ELITIS ni. Aku mmg tak berkenan ngn perangai korg. Tak sedar diri dan berlagak tak ingat dunia.

Whether ko anak Dato', Tan Sri or even Sultan sekali pun, mati nnt ko still pkai kain kapan putih dan dihisab amalan korg, bukan harta dan lambang kemewahan korg.

Nota kaki:
Tuhan Maha Adil.

-Nazim-

Sent from Android

Sunday 14 August 2011

Peringatan PENTING!

Aku ingin menyampaikan nasihat dan peringatan penting kepada kawan2 ku dan juga sesiapa sahaja kerana aku tgk benda ni semakin ramai yang melakukan.

Dari Ibn Abbas,
"Rasulullah S.A.W. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki"
(Riwayat Al-Bukhari)

Ingat! Nabi Muhammad, Rasul kita semua utk orang Islam MELAKNAT! bukan sekadar peringatan tetapi MELAKNAT!

Nota kaki:
Lawan, Lawan, Lawan NAFSU anda! LAWAN!

Nota kaki:
Kita tak nak kan Nabi tak mengaku kita umatnya kan? kan kan kan..


-Nazim-

Saturday 13 August 2011

Gossip

Gossip;
Kalau benar itu mengumpat
Kalau salah itu fitnah

Fitnah itu lebih teruk dri membunuh. Mengumpat plak membuka aib org. Aib org kene tutup kan? Allah suro tutup org. Allah akan tutup aib kita juga insyaAllah.

Kurangkan lah gossip okay. Gossip tu pun dah perkara yg lagha (perkara sia2). Dari bergossip baik siapkan homework or study kan. Xpun berdoa.

K la, selamat menjalani ibadah puasa. Kejarlah malam lailatulqadar okay. Malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Allah sayang hamba2nya yg sentiasa ingat pada-Nya

p/s: next entri pasal kemerdekaan

-Nazim-

Sent from Android

Rokok

Sheikh Islam, Yusuf Al-Qaradawi ckp "beli sebatang rokok seperti membekal satu paluru kpd Israel untuk warga Palestin"

Rokok adalah HARAM di sisi Islam

-Nazim-

Sent from Android

Friday 12 August 2011

Hebat tapi...

Hebatkan?
Kalau kita banyak membasahkan lidah dengan ini, berapa banyak dosa2 yang diampunkan, berapa banyak rezeki yg Tuhan akan diberi, berapa banyak, berapa banyak, berapa banyak...

sedarkah kita? 
atau mahu terus dilemas dengan syurga dunia sedangkan syurga disana lebih nikmat..

"Tuhanku.. ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkanlah aku dan maafkan aku..." - DOA ANTARA 2 SUJUD


Tapi...

berapa ramai je kawan2 aku yang baca dalam solat mereka? aku tahu ramai tak bersolat.
Tgk RAMBUT sudah lah :)

Ingatlah Tuhan dengan setiap degupan jantung ini.

Orang yang baik:

"Orang yang CANTIK bukan semuanya baik, tetapi orang yang baik sentiasa CANTIK." - Ali r.a.


-Nazim-

Jadilah Seperti Pokok Buah

As-Syahid Hassan al-Banna said: “Be like a fruit tree. They attack you with stones, and you respond with fruits”.

Kata As-Syahid Hassan Al-Banna: "Jadilah seperti pokok buah. Bila diserang/dilempar batu, pokok akan mebalas dengan gugurkan buah"

Maksud:
Sekali pun kita dihina, diserang, diherdik, tetapi bersabar dan balas dengan cara baik supaya dengan kebaikan itu akan merubah mereka yang menyerang anda kepada yang lebih baik.

Janganlah jadi seperti sarang tebuan, apabila dijolok, akan terus menyerang dan menyakiti orang yg menyerang.

Nota Kaki:
Jadi seorang pemaaf dari seorang pendendam.

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan pada hujung minggu :)

Nota Kaki:
As-Syahid Hassan Al-Banna adalah seorang pejuang Islam di Mesir. Beliau pemimpin Ikhwan Muslimin dan mati syahid dibunuh oleh kerajaan Mesir.

-Nazim-

Sent from Android

Thursday 11 August 2011

Hot?

Ramai ckp aku ni hot. HOT-TAK anda.haha.kalo aku hot pasti status fb aku paling kurang 20 likes mcm certain2 manusia. Even letak status merepek pun ramai dok like. Aku? Jauh panggang dari api okay.

Apa2 pun aku bersyukur ngan apa yang ada. And aku nak kekal kan ke-low profile-an aku. Aku feel awesome bila low profile.

Nota kaki:
Blog aku pun mane ad orang walk. Haha.

Selamat beriftar utk semua.

-Nazim-

Sent from Android

Gambar Kek

Lokasi: Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur
Masa: Waktu iftar






Nasihat dari Ulama kepada Pemimpin


Syaiban al-Ra‘i berkata kepada Harun al-Rasyid: 
“Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau merasa aman lebih baik dari engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan”. 

Tanya Harun al-Rasyid: 
“Jelaskan maksudnya untukku”. 

Jawab Syaiban: 
“Sesiapa yang berkata kepada engkau: “engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah” lebih baik dari orang yang berkata “Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi!”.

Maka menangislah Harun al-Rasyid sehingga mereka yang berada di sekelilingnya bersimpati kepadanya. 

Kata Syaiban lagi: 
“Wahai Amirul Mukminin, apabila saya bercakap, saya bimbangkan tindakan kamu terhadap saya. Jika saya diam, saya bimbangkan bahaya menimpa kamu. Maka saya utamakan kebimbangan bahaya menimba kamu lebih daripada kebimbangan tindakan kamu ke atas saya”. 

(Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/198, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Nota Kaki:
Harun Al-Rasyid adalah Khalifah Ke-5 Dinasti Abbasiyyah. Baginda yang menaikkan ketamadunan ilmu Islam dengan pembinaan Baitul Hikmah

Harun Al-Rasyid

Wednesday 10 August 2011

Happy Birthday!

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Allah selamatkan kamu

Selamat Hari Lahir DSAI
Pemimpin yang disayangi
Pemimpin yang berjuang suka duka menanggung derita utk rakyat
Rakyat sayang kamu!
Be strong! We will fight beside u!
Happy 64th Birthday!
Allah bless u and your family always!

-Nazim-

Sent from Android

Tuesday 9 August 2011

10 Ramadhan

Jap lagi akan bertolak ke KL, menemani or dgn kata lain drive auntie aku ke KL utk outstation. Uncle soh teman sbb die xdpt anta. So aku kne la tunai permintaan. Aku, auntie ngn anak die aka sepupu aku akan ke KL. So esok teman sepupu round2 KL or wat so ever. Then insyaAllah akan iftar di Shangri La Hotel yg dekat ngn Hard Rock Cafe. Apepun, harap perjalanan aku selamat pergi dan balik. Selamat Berpuasa dan selamat beribadah semua :)

*malas nk tulis byk2 kt wall, just post blog je skrg.

-Nazim-

Sent from Android Smartphone

Monday 8 August 2011

Jauh

Rasa nak pergi jauh, jauh dari sini.
Aku dah penat hidup sorang2 tanpa org yg disayangi.
Tuhan je tau betapa penatnya perasaan ini.

Nazim

Sent from Android

Friday 5 August 2011

Cleaning

Masa utk mencuci wall FB aku. Hahaha. Semak dah ngn kerapuan. Actually x perlu aku tulis wall aku pasal makan la, kluar g jejalan, cuaca panas la, mengeluh la. Merepek je kan tulis2. Cmtu. Lagha kan. Bende sia2 je aku tulis. Mcm nk dpt attention org plak. Kadang2 apa yg ditulis di wall pun ley jadi fitnah. So berhati-hati lah ngn apa yang kita tuliskan. Tulis benda yang perlu je. Info2 manfaat, tulisan2 kerohanian ke. Tulisan2 yg org baca ada ilmu n kit dpt pahala berterusan bila org lain buat. InsyaAllah. Ilmu untuk dikongsi bukan untuk diperami sorg2. Ilmu milik Allah dan kongsilah ia. Allah akan perbanyakkan ilmu kita nanti. Ehh. Membebel lak aku kan. Alhamdulillah dah masuk hari ke 5 berpuasa. Kejapkan? Itu tanda2 kiamat. Masa berlalu cepat. Pejam celik pejam celik dan abes Ramadhan. Allah Maha Mengetahui

Wsalam,
Nazim

Sent from Android HTC Desire HD

Thursday 4 August 2011

10 Jangan untuk Muhasabah Diri Sendiri

1. Jangan syok sendiri dan lupa diri
2. Jangan lupa bersyukur pada pemberian Allah dan selawat pada Rasul dlm solat
3. Jangan hilang fokus kat study
4. Jangan sakitkan hati org sekitar dan kawan
5. Jangan lupa solat fardhu
6. Jangan berharap pada yg tak pasti
7. Jangan lupa target dan cita2 hidup
8. Jangan khianat amanah yg diberi
9. Jangan mengeluh pada tanggungjawab yg digalas
10. Jangan lupa doa pada mama ngn ayah dan arwah tokmak, tokabah ngn atok.

Jangan jangan jangan jangan jangan :)

Sent from Android HTC Desire HD

Wednesday 3 August 2011

S.O.S

Salam Ramadhan Al Mubarak,

S.O.S? Ya aku dalam keadaan SOS. Bukan apa, just aku punya PC kesayangan mengalami kerosakan. Sebab tu aku online FB, Twitter, YM dan Skype menggunakan Smartphone sahaja (thanks pada HTC Desire HD yg byk mengharungi susah payah bersama aku).

Btw, kembali pada tajuk, since dah rosak aku memerlukan hardware2 baru utk build up back my PC.
Theres 5 hardware penting dalam pembinaan PC aku:
1.CPU; Central Processing Unit atau jantung kepada PC (paling penting!)
2. Mobo; Motherboard atau Mainboard
3. GC; Graphic card
4. Power Supply, dan..
5. RAM, Random Access Memory

Selepas membuat penilaian dari segi; kewangan, performance dan peredaran zaman, aku decide utk beli:
1. CPU: Phenom II X2 555  (RM260)

2. Mobo: Asus M4A87TD (RM275)

3. GC: ATI Sapphire HD 5570 2G (RM245)

4. Power supply: Cooler Master Extreme Series 500w (RM140)

5. RAM: Corsair D3 Gaming 1333 2G (RM54)


So total semua adalah +-RM 974. Masalahnye kalau aku beli barang2 ni, lari bajet aku utk aku beli BB9900. Huhu..

Apa2 pun harap2 rezeki aku murah utk beli barang2 ni. Seems waktu pun dah petang. Aku nak rehat kejap sebelum aku bangun dan iftar di hotel. Hari ni iftar di hotel! Yebba2

MNA
(030811, 1520, KT)

Sent from Android HTC Desire HD

Tuesday 2 August 2011

Understand?


Just now i visited someone photo album, i just realize the caption of the album titled "aku still happy tanpa DIA, kerana kawan2 lebih bermakna dan wat aku lagi2 happy"

LOL, yes! I just a crap for u right? U hav a fantastic bunch of friends. And I? Nothing for u. Haha. But who cares, peoplea doesn't understand me. So y i need to understand people eventhough u are my special one at the past. Am i right?

Only Allah understand me. And few peoples; parent, foster family,college friends, my activist friends, peoples at HQ, peoples at cabang, my fellows AMK and peoples who fight beside me for better Malaysia.

After raya, its going to be a busy busy period. I need to work from morning to next morning, 24 hours per day and 7 days a week.

Okay. I wanna to take a quick nap. Feel sleepy right now.

Salam Ramadhan. Lets fill Ramadhan with ibadah and hope Allah will bless my Ramadhan al Mubarak. Allah is Great!

Sent from Android HTC Desire HD