Saturday 25 June 2011

Bercinta

Bercinta dgn mak ayah,
Mak ayah akn pergi..

Bercinta dengan adik bradik,
Mereka akan pergi..

Bercinta dengan kawan,
Bukan selalu didampingi..

Bercinta dengan kekasih,
Kekalnya belum pasti..akan jua mati..

Bercinta dengan ilmu,
Dibawa mati..

Bercinta dengan Baginda SAW,
Semoga akhlak dan syafaat diperolehi..

Bercinta dengan Allah,
Cinta yg kekal abadi dan hakiki..

Tuhanku,
Ampuni daku..
Ku pohon rahmatMu
Segala tawakkalku padaMu

MNA
(0301, 25062011, KT)

Sent from my HTC Desire HD Smartphone

Monday 20 June 2011

Ahad Malam (19 Julai 2011)

Pada Ahad malam (9.00 - 10.30 malam) aku telah berkejaran ke KLCASH dari Shah Alam (Konvensyen Piliharaya PKR) untuk pelancaran Perhimpunan BERSIH 9 Julai 2011 ini. BERSIH adalah Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil yg terdiri dari lebih 80 NGO yang akan menjayakan Walk For Democracy pada 9 Julai ini.
BERSIH 2.0 yang dipengerusikan oleh Bekas Presiden BAR, Datuk Ambiga telah menuntut reformasi pilihanraya. 8 tuntutan tersebut adalah:

1. Pembersihan daftar pemilih
2. Pemansuhan undi pos
3. Penggunaan dakwat kekal
4. Tempoh kempen minima 21 hari
5. Akses media yang adil kepada semua
6. Pengukuhan dan menghentikan penyalahgunaan kuasa institusi awam
7. Menolak rasuah politik
dan
8. Menolak politik lucah dan fitnah






A. Samad Said juga menyokong BERSIH!

Datuk Ambiga, Perngerusi BERSIH 2.0 memberi ucapan.





Petang Ahad (19 Jun 2011)


Semalam aku menghadiri Konvensyen Pilihanraya PKR (2.00pm-6.00pm) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Shah Alam, Selangor:

4000 menghadiri Konvensyen Pilihanraya KeADILan, Tema Merah Putih Biru! Sangat Cantik!

Sejauh Sabah dan Sarawak yg mengahdiri Konvensyen ini. Syabas PKR!

Tema Konvensyen DEMI RAKYAT!

Ketibaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah disambut laungan REFORMASI dan kemudian Lagu PKR bergema di SACC

Pengacara majlis, YB Amiruddin Shaari (ADUN Batu Caves)

Bacaan doa pembukaan oleh Ust. Shasul Firdaus

Ucapan pembukaan oleh Setiausaha Agung, YB Saifuddin Nasution menceritakan tujuan dan harapan konvensyen ini.

Wakil msyarakat India, Elavarasi. Mungkin kurang fasih berbahasa Melayu menyebabkan banyak perkataan salah diungkap sampai pakcik sebelah aku ni gelak sakan.

Wakil Orang Asal, Fatimah A/P Bah Sin paling otai! Menceritakan masalah orang Asal yg dipinggirkan Umno/BN. Kerajaan Umno/BN hanya datang pada pilihanraya dan kemudian menyisihkan mereka. Taraf hidup mereka masih buruk malah tanah adat mereka dirampas! PR sahajalah penyelesaian mereka!
Wakil masyarakat Cina, Lee Chean Chung mengingatkan supaya bersatu menghadapi rejim pada PRU akan datang!

Gadis jelita dari Sabah, Carol Poigi menceritakan Sabah sudah 5 kali bertukar kerajaan dan angin perubahan sudah sampai ke Sabah!

Selingan persembahan, nyanyian miming Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sg. Petani) dengan lagu ubahsuai My Way! Sangat mengasyikkan walaupun hanya miming!

Memasuki fasa serius, Naib Presiden PKR, YB Nurul Izaah menceritakan pengalaman di Turki, dimana memasuki kawasan perang di Batman utk melihat proses pilihanraya Turki. penuh dengan ranjau dan cabaran sehingga beliau hilang suara!

Amanat Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali selaku Pengarah Pilihanraya Pusat yang menceritakan penipuan daftar pemilih dimana di rumah ibunya terdapat 11 pengundi (5 Melayu, 6 Cina). SPR jahanam dan beliau mencabar Timbahan Pengerusi SPR supaya meletak jawatan dalam tempoh 48 jam! Beliau juga menberi kata semangat agar semua anggota bekerja keras utk PRU akan datang

Amanat Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah mengenai perjalanan PKR mengharungi politik Malaysia

Ucapan dan kata semangat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim betul2 menaikkan semangat hadirin untuk menjatuhkan rejim BN habis-habisan!

DSAI dari jauh!

DEMI RAKYAT! HIDUP RAKYAT! REFORMASI!

Sumpah menyampah

Aku sumpah menyampah tgk post ko..

"Impian sebelum mati nk interview Dr. M"

Aku ckp harap Dr. M mati cpt sebelum ko dpt interview die, lgpn die dah nyanyok. Lgpn die makin nyanyok makin kuat ckp merepek..

Kbai..

Sent from my HTC Desire HD Smartphone

Sunday 19 June 2011

Sabtu (18 Jun 2011)

Rapat Anak Muda 13
di
Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor, Shah Alam

Suasana dewan; Ramai AMK hadir

DSAI memasuki dewan, Laungan "REFORMASI!" bergema

"Bukan pemimpin yg diubah, tetapi sistem ini harus diubah!"

"TIADA tempat untuk mereka yg suka MERENGEK!"

Ketua Angkatan Muda KeADILan(AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, berucap

Beeha dengan lagu Pari-Pari Kertas, Remifasolatido dan Standing in the Eyes of The World

Setiausaha Agung, YB Saifuddiin Nasution berucap

Saturday 18 June 2011

Program Hujung Minggu

Berikut adalah Program Hujung Minggu aku:

Sabtu:

4.00ptg-6.00ptg:
Persiapan program

8.00mlm-12.00tghmlm:
Himpunan 'Rapat Anak Muda 13.0' di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor, Shah Alam


Ahad:

10.00am-12.00pm:
Persiapan program

12.00pm-6.00pm:
Konvensyen Pilihanraya PKR di SACC, Shah Alam.


8.00pm-11.00pm:
Perlancaran Perhimpunan BERSIH 2.0 Walk For Democracy di KLSACH, Kg. Attap, KL


Wednesday 8 June 2011

Jika Terakhir Buatku

Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba


(Saujana/Jika Terakhir Buatku/Putra Aiman & Mustaqim)

Tuesday 7 June 2011

Finally

Finally sampai ke minggu last aku berkursus. Alhamdulillah :)

Esok, lusa dan tulat aku akan mengambil online examination iaitu Examination 72-564, Examination 72-562 dan Examination 72-536.

Trainer bg 3 set jawapan. 1 set 100 soalan berserta jawapan. Just hafal dan jawab je nnt. Satu exam, 60 soalan. Ape2 pun Allah ada utk tolong aku.

Doakan aku ye :)