Wednesday 30 March 2011

Harta yang kusayangi

Tadi aku kemas2 rumah dan aku terjumpa harta yang paling sayang sangat2! 
Aku beli ngn duet aku sendiri tahu tak!
Sebab Mama TAK suka aku baca komik ;)

54 ngn 55 tak jumpe lagi






Pengubat aku dikala sunyi...aku boleh nanges, ketawa, senyum, marah, geram, emosional dan macam2 lagi bila membaca Budak Getah/One Piece


Thanks Eiichiro Oda <3



*Vol. 60 baru beli beberapa hari lepas


-N.A-
(2304am, 30032011, Kuala Lumpur)

Monday 28 March 2011

Untitled (Vol. 2)

1 minggu ni banyak dugaan berlaku kpd kami. mungkin ini ujian Allah. nak tak nak perlu lalui walaupun perit dan getir. tiap-tiap hari kami diuji, dihina dan dimaki begitu rupa. tapi tak apa, kami yakin dengan janji Tuhan. Tuhan TIDAK pernah memungkiri janji-Nya. kalau balasan kebaikan itu kami peroleh selepas kami mati pun tidak apa. kami menunggu. kerana kami yakin dengan Tuhan kami. kadangkala rasa tertekan, rasa sedih, aku pernah menangis akibat tekanan-tekanan ini. tapi bukan maksud menyerah kalah. TIDAK sama sekali kami akan tumbang. walaupun ada yang tumbang. tapi walaupun ramai yang tumbang, LEBIH RAMAI yang menyertai kami. keperitan yang dilalui merupakan satu resepi untuk menjadi lebih KUAT. aku sendiri bertambah kuat dari sehari ke sehari. jalan yang kami pilih ini tiada patah balik. NO TURNING BACK. selagi hayat dikandung badan, aku dan kawan-kawan aku terus mara kehadapan sehingga KEMERDEKAAN sebenar dicapai. kami yakin dengan hari mendatang yang memberi sinaran senyuman yang paling manis dalam hidup kami. hari itu kami akan angkat tangan, menumbuk langit sambil senyum bersama-sama serta bersyukur pada Tuhan :)

*aku mengalirkan air mata melihat kau. ya aku sedih dan menagis melihat kau diperlaku begitu. tapu kau tetap bersabar. menyebabkan aku juga bersabar.

"apalah hidup ini tanpa cabaran. tanpa cabaran hidup ini NOTHING. FIGHT till END"



-N.A-
(1020am, 20110328, Damansara)

Friday 25 March 2011

Entri Panas Edaran Segera!

Kawan2, abang2, adik2, saudara2, pak2 menteri, ahli2 parlimen, ustaz2, ustazah2, makcik2, pakcik2, apek2, aso2, ane2, mamak2, indon2, myanmar2, benggali2 dan semua rakyat planet Bumi ciptaan Tuhan ini.

Mari kita sambut
EARTH HOUR

peringkat Malaysia akan diadakan pada:
26 March 2011
Jam 8.30 MALAM - 9.30 MALAM


WWF target 1 billion orang akan menyertai kempen ini :)


Atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap bumi Tuhan ini,
-N.A-

Thursday 24 March 2011

Fenomena T


Beliau seorang pengarah yang 'hebat'
Beliau penulis skrip yang 'hebat'
Filem beliau 17 minit sahaja sudah menggemparkan satu negara
Filem beliau tidak perlukan iklan untuk menjadi box office
Filem beliau 1 hari sahaja tayangan
Filem beliau 1 hari sahaja sudah box office
Beliau juga seorang PENJENAKA
Beliau juga 3 dalam 1 (Macam konsep Trinity dalam Kristian)
'HEBAT'! 



Beliau adalah  
DATUK T 
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHAHAHAHA


-N.A.-

Tuesday 22 March 2011

Untitled (Vol. 1)

Adik aku sakit :( Mama call dari US td. Adik sakit kaki. Ligamen lutut adik aku terkoyak sbb sport. Tadi mama bgtau adik baru lepas surgery. Adik aku sakit. Aku sedih. Mama cakap die sedih tgk adik aku sakit pas operation surgery. Aku sedih :'( Aku sayang adik2 aku. Aku sayang Ayah aku. Aku sayang Mama aku. Now i RINDU sangat2 family aku kt sana.

Hari ni gak semua benda-benda ini terjadi:
Fitnah
Nista
Cercaan
Makian
Jijikan
Herdikan
Pijakan
Tekanan
Penipuan
Penindasan

Berlaku...aku just wish doa untuk kekuatan dari Tuhan. Tawakkal sahaja pada-Mu ya rabb.

Tambah-tambah lagi Ex aku accuse aku "tiada masa untuk dia". aku dah bgtau kan, aku busy aritu dan anda cakap "tak pe, saya paham". tapi kenapa anda bertindak seolah-olah anda "tidak memahami" aku? tolonglah, please lah, fahami aku, tidak susah. aku ni insan biasa. insan yg memerlukan ruang untuk diri sendiri. aku adalah aku. aku paham anda sayang aku lagi. tapi aku sudah bgtau kan, jika kehendak Tuhan, maka adalah peluang. tapi buat masa ini, MAAF tiada ruang untuk sesiapa selain 4 perkara ini.

N.A.! kuatkan diri ya. Tuhan bersamamu. Dia syg kamu lebih dari orang lain.


-N.A.-

Monday 21 March 2011

Alangkah indahnya kalau aku dapat bertemu mu


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...



Aku terkenang peristiwa Nabi nak hijrah ke Thaif dan Nabi kene baling ngn batu sampai berdarah kepala Nabi. Malaikat pun geram sampai nak hentak orang2 Thaif ngn gunung. Tapi Nabi sabar dan memaafkan org Thaif dan selepas itu orang Thaif paling kuat menyokong Nabi atas doa Nabi kepada orang Thaif. Hebatnya Nabi! Selawat dan Salam keatasmu, baginda Nabi Muhammad SAW :')


-N.A.-

Sunday 20 March 2011

My Lover

There are 4 things that i need to LOVE before i LOVE others,
MY TRULY LOVE!  

1. MY GOD: ALLAH
My creator!

2. MY PROPHET: MUHAMMAD PBUH
My example!

3. MY PARENT
My protector

4. MY EDUCATION
My resource

Others?
NO ROOM FOR YOU YET
:)
















before i end my entry, lets answer bonus question below:
HAHAHAHHA..FUCK U SAIFOOL!



-N.A.-

Thursday 17 March 2011

Jumaat (Vol 2)

Malam Jumaat sudah sampai, tiba masa untuk kuliah Jumaat bersama NA

Hari ini aku nak membincangkan tentang kepentingan menimba ilmu menerusi Surah Al-Alaq (Segumpal Darah):

Tafsiran:
1. Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
5. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
6. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
7. Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
8. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan)
9. Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang)
10. Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
11. Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul?
12. Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
13. Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
14. Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
15. Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),
16. Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
17. Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
18. Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
19. Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)! 

Isi-isi:
- Allah suro kita belajar menuntut ilmu walaupun ilmu itu kecil kalau kita tak mencari, mengkaji dan mempelajari ilmu2 ini, jahil dan bodoh la kita.
- kita kadang2 rasa diri kita ni dah perfect. kita ada harta, keluarga, kawan2, kekasih. kadang2 kita melampau mencintai kekasih ngn kawan2? percayalah! mereka akan pergi meninggalkan kita suatu hari nanti kan?
- kita jugak ada yang menghasut kawan kita, mengajak kawan kita, pengaruh rakan kita buat benda2 yang berdosa. kadang2 ada member kita nak start sembahyang, kita perli dieorg; "konon alim la kan nak sembahyang", "sembahyang tuuuu". kenapa kita nak perli dan hina kawan2 yg nak mendekatkan diri pada Tuhan mereka? tau tak bende yang korang buat ni balasan die sangat dahsyat = NERAKA!
- kita tak pernah lihat neraka, kita x pernah rasa bagaimana neraka itu, kita x pernah tgk muka malaikat yang menjaga neraka. so mmglah kita rasa neraka itu satu perkataan sahaja kan? meh aku bgtau korg satu hadith yang bermaksud:

Allah bawak pada hari akhirat, manusia paling derita dalam dunia ini. Allah ambil dia, Allah masukkan, dicelupkan dia ke dalam syurga..kemudian Allah keluarkan dia. Lalu di tanya dia, "Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup ini?". Dia menjawab, "TAK! Aku tak pernah merasa derita pun dalam hidup ini". Kemudian Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini. Segalanya nikmat dirasai dan Allah masukkan, celupkan dia kedalam neraka. Dan dikeluarkan dia dari neraka. Allah tanya dia, "Pernahkah kau merasai kenikmatan dalam hidup ini?". Dia menjawab, "TAK! Aku tak pernah ada nikmat dalam hidup ini"
(Hadith Muslim)

- hanya dengan satu celupan dalam syurga, manusia lupa kat penderitaan dalam hidupnya.
- hanya dengan satu celupan dalam neraka, manusia lupa kat kenikmatan dalam hidupnya.
- kawan2 yang nak berubah kearah kebaikan! dengar sini! jangan mudah mengalah! kuatkan mental dan fizikal! membuat baik memang susah! membuat jahat memang senang! Semoga Allah memberi kemenangan dalam hidup kita!

Tuesday 15 March 2011

Busy Day Ahead

Adakah ini?
ATAU

ini? Pening @.@


Berikut adalah tentatif program N.A. [macam artis la pulak] bermula 15/3 - 18/3/2011 :

15/3/2011:

Tengah hari/Petang:
-ke UPSI untuk minum petang bersama teman-teman
-bertolak ke KL

Malam:
-mengunjung ke rumah uncle
-makan malam bersama family uncle

16/3/2011:

Pagi:
- bertemu rakan-rakan S.A.M.M.
- meeting

Tengah hari:
- ke UM untuk sesi bersama teman-teman

Malam:
- Makan malam dengan teman-teman UM
- Ke Bangi berjumpa teman-teman UKM

17/3/2011:

Pagi: 
- Program di UKM

Tengah hari/Petang:
- Ke PJ untuk bertemu dengan orang tertentu
- Meeting AMK

Malam:
- Dating dan tgk wayang dengan kakak angkat yang paling disayangi.

18/3/2011:

Pagi:
- Tidor

Tengah ari/Petang:
- Solat Jumaat dan dating+tgk wayang dengan kakak angkat yang paling disayangi
-CARI PHONE BARU!!!

Malam:
- Bertolak balik

*Busy..busy..busy..


Tujuan:
-nak makan TGI Friday dengan DOME!
-nak tengok World Invasion: Battle Los Angeles dan Rango
-nak cari smartphone baru
-nak cari baju baru
-nak cari kasut baru
-nak jumpa member2 UM UKM ngan member sekolah lama


-N.A.-

Friday 11 March 2011

Doa dan Bala

Entri edaran segera melalui Blackberry.

Hari ni dunia dikejutkan dengan gempa bumi dan tsunami melanda Jepun. Bagi aku ini satu perkara 'biasa-biasa' saja kerana itu merupakan tanda-tanda akhir zaman. Ramai sudah menjangkakan dan ramai juga x jangka sebab xyakin dengan peringatan Tuhan.

Ya itu peringatan Tuhan, Dialah yang menggerakkan gempa bumi dan membina tsunami. Pasti tatkala ini ramai berdoa kan? Yg jarang2 berdoa pun da start berdoa. Doa utk jauhkan bala? Tapi tny balek kt diri kita kenapa bala itu datang? Kerana manusia melakukan kerosakan atas muka bumi Allah! Itu pasti. Tapi kita doa utk? Kita doa untuk elak bencana? Itu saja? Lepas reda bencana ini kita lupa pada Allah?Senangkan manusia lupa pada Tuhan.

Lebih baik tiap2 hari bencana kalau dengan ini manusia ingat pada Allah dan bersyukur ngn nikmay-Nya. Kenapalah bila ditimpa musibah baru nak ingat pada Tuhan? Susah betol nak bersyukur kan?

Pikir-pikirkan lah :)

N.A.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Proper Language

Just now aku ade chat ngn manusia through FB chat. Aku jenis org tegor aku then I'll proceed the conversation.

But apa yg menjengkelkan adalah when manusia menggunakan bahasa yg sukar di pahami! I don't know whether die tidor dalam class bahasa melayu sepanjang di sekolah kot.

Tolonglah guna proper language dalam conversation dengan aku even dengan org lain. Some terms aku boleh paham, ye lah aku tau korg ada 'bahasa sastera' sendiri, but some 'bahasa sastera' korg aku mmg sukar paham sbb aku TAK pernah ambil subjek 'bahasa sastera' korg!

Lagi satu yg annoying dalah bila:
"Nape" tukar jadi "Napea"
"Ape" tukar jadi "Apea"
"Ble" tukar " Blea"
Common la.. Guna la usual word tak boleh ke?

Lagi satu, boleh x jawab soalan directly? Macam jawab soalan exam?
Ni aku tny "Umor brape?"
Anda jawab:
"Bapea u nak? i 16. ckp u nk ckp adik 2. I da kakak ok"
What the hell! Pe bende kau ckp pn aku x paham. Kakak kepale bana kau! Tak boleh jwb elok2?

Ermm..apalah masalah masyarakat muda skrg ni? Patotlah ramai budak sekarang kurang ajar ngn mak ayah, siblings, relatives, kawan2, guru2, dan orang2 lebih tua dari kita.

Ingat adab tu kene jaga. Nabi ajar kita untuk menjaga adab dan tutur kata. Bak kata pepatah:
"Kerana mulut badan binasa"


N.A.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat (Vol 1)

Malam ni malam Jumaat. So i guess elok aku uat entri ala kuliah Jumaat.

Mari berbicara tentang tafsiran Surah Al-Quran ke 102 Surah At-Takaathur. Surah ini mengandungi 8 ayat:

1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),
2. Sehingga kamu masuk kubur.
3. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! 
4. Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
5. Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat)
6. (Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
7. Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
8. Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! 

Intipati Surah At-Takaathur:
Kita (manusia) selalu sangat terikut ngn NAFSU dunia.
Sekarang manusia mempertuhankan NAFSU!
ramai dah yg TAK igt kat Tuhan.
kita lebih sembah lover kita, kawan2 kita, bestie kita..
tapi Allah? Muhammad SAW? jauh sekali kini.
Allah suro kita jauhi kelalaian dunia sebelum kita mati!
kalau kita tahu azabnya azab kubor, azabnya  pembalasan hari kiamat dan azabnya azab Api Neraka!
pasti kita xkan buat benda2 yg Tuhan larang!
percayalah!
kalau Allah beri kita peluang melihat Api Neraka walaupun sedetik, konfem segala benda-benda yg dikatakan nikmat dunia ni kita TAK buat :)

N.A.

Thursday 10 March 2011

Tablet War 1 : HP Slate vs Samsung Galaxy Tab vs iPad vs Blackberry PlayBook

Entri kali ini aku nak berbicara soal teknologi. aku tau ramai dok syok nak pakai iPad. yelah org Malaysia ni tahu iPad je. Tablet yang lain-lain mana korang ambik kesah sangat. OK. Di sini aku nak membuka mata korang dengan memperkenalkan tablet device selain dari iPad.
antara tablet device yang lain adalah:

1. HP Slate 500
2. Samsung Galaxy Tab
3. Balckberry Playbook
4. iPad Wifi
5. iPad 3G

HP Slate:
Sebuah tablet mengunakan OS Windows dan mempunyai kelajuan processor 1.8Ghz Intel Atom Z540 menjadikan ia terlaju berbanding lain2 tablet. HP Slate jugak menyajikan kelajuan RAM tertinggi iaitu 2Gb kerana untuk menyokong penggunaan Operating System Windows. Kapasiti storage juga tinggi seperti iPad iaitu 64Gb. Mempunyai paparan skrin kecil berbanding iPad tetapi berjisim berat berbanding semua. Mempunyai kelemahan dimana tidak menyokong fungsi 3G dan GPS. Namun mempunyai kelebihan berbanding iPad dan Blackberry Playbook dari segi kemudahan port USB (iPad tiada), kamera 3MP dan kamera video-call VGA dihadapan(iPad tiada) dan mempunyai slot storage tambahan dimana iPad dan Blackberry Playbook tidak menyokong. Namun harga HP Slate merupakan termahal antara kesemuanya iaitu RM 2460.00 +- dan daya ketahanan bateri rendah iaitu 5 jam.

Samsung Galaxy Tab:
Sebuah tablet yang disokong Operating System Android 2.2 dan mempunyai kelajuan processor 1Ghz ARM Cortex A8. Dengan platform OS Android, Samsung Galaxy Tab sesuai untuk menjalankan fungsi multi tasking (iaitu membuat pelbagai kerja dalam satu masa). Di sokong dengan 3G, Bluetooth 3.0 dan Wi-Fi. Dari segi fungsi kamera pula, kamera depan (video call) 1.3 Megapixel dan kamera utama (belakang) 3.2 Megapixel. Tablet ini juga di sokong dengan Adobe Flash 10.1 dimana iPad tiada. Memandangkan ianya Google menyokong tablet ini, maka servis-servis Google seperti Google Calendar, Google Outlook, Google Maps, dan sebagainya terdapat pada tablet ini berbanding lain. Application untuk Samsung Galaxy Tab boleh didapati di Android Market. Samsung Galaxy Tab mempunyai daya ketahanan bateri 7 jam. Harga pula sekitar RM 1850.00 +-.

iPad Wifi/3G:
Tablet ini aku rasa tak perlu sangat perincikan sebab ramai orang Malaysia kat luar sana pernah menggunakan iPad bukan? Sedikit info je la aku nak terangkan. Tablet ini menggunakan operating system Apple iOS 4.2 (November 2010) dan berkelajuan 1Ghz Apple A4. Tidak mempunyai slot storage tambahan, tiada USB port, tidak mempunyai kamera hadapan (video calling), tiada sokongan Adobe Flash dimana lawan sesawang (website) yang menggunakan flash tidak disokong, tiada fungsi GPS, RAM yang rendah iaitu 256MB dan macam2 kekurangan! TIDAK PAHAM kepada orang Malaysia syok sangat dengan iPad ni!

Blackberry PlayBook:
PlayBook merupakan tablet terbaik antara kesemua menurut pedapat peribadi aku. Dari OS ke kamera ke harga. Kesemuanya terbaik berdasar harga. Tablet ini dijana oleh operating system RIM Blackberry Tablet OS dengan kelajuan 1GHz DUAL CORE! Antara tablet terkecil dan teringan antara kesemua tablet. Sokongan RAM berkelajuan 1GB berbanding iPad 256MB sahaja. Mempunyai 2 kamera depan (video call) dan belakang (main) dimana depan 3MP dan belakang 5MP. Dan lebih baik, PlayBook boleh merakam 1080p HD Video. OS PlayBook merupakan seperti kombinasi Blackberry OS6 (OS utk BB Torch) dan Palm's Web OS serta mempunyai alat untuk mejalankan fungsi multitasking. RIM (pembina PlayBook dan BB) dan Adobe bekerjasama menyokong fungsi Adobe Flash Player 10.1 serta Adobe AIR. PlayBook juga menyokong fungsi 4G dan 3G jika menggunakan Blackberry phone sebagai modem. Kemudahan WiFi dan Bluetooth juga terdapat. Sokongan wireless kepada BB Phone juga terdapat bagi access kepada Email, calendar, address book, task list dan BBM dari Smartphone ke PlayBook. Mempunyai slot storage tambahan Micro USB. Harga pula sekitar RM1500+-

Ringkasan:

Pilihan aku:
BLACKBERRY PLAYBOOK

Reason:
Anda boleh menilai sendiri kenapa aku pilih PlayBook.

Mari lihat perbandingan PlayBook dan iPad:



Okayh sampai disini sahaja review aku.

MINGGU DEPAN aku akan mereview tablet generasi seterusnya iaitu iPad 2, Motorola Xoom Samsung Galaxy Tab 10.1, HP TouchPad dan apakah Blackberry PlayBook mampu bersaing dengan mereka.

Sekian.

N.A.

it is fair?


do you think it is fair if we play a 'football' game like this situation (refering picture below)?

my sketches and hand writing so bad!! :D

*Please noted that the referees also sided to them

Hell  yeah i've experienced it for the past 10 years since i join the struggle :)
IT IS FAIR FOR US? 

Wednesday 9 March 2011

Lagu Untuk Dimuat Naik (Vol 1)


Artist: Christina & Cher
Album: Burlesque Original Sound Track
Download Link: http://hotfile.com/dl/100526864/7ce95eb/Burlesque-OriginalMotionPictureSoundtrack2010.rar.html


Artist: Various Artist
Album: Now 37
Download Link: http://www.filesonic.com/file/157520961/Various_Artists_-_NOW_37.rar
Download Link: http://www.fileserve.com/file/6dEE6Xt/Various_Artists_-_NOW_37.rar 


Artist: Adele
Album: 21
Download link: http://www.fileserve.com/file/kBsutwW/Adele
password: nItIsH


Artist: Nicki Minaj
Album: Pink Friday
Download Link: http://www.fileserve.com/file/XDDKG4P/Nicki Minaj - Pink Friday (Deluxe Edition).rar


Artist: Bruno Mars
Album: Grenade
Download Link: http://www.fileserve.com/file/B9vvCDD
Password: shaiful


Artist: Lady Antebellum
Album: Need You Now
Download Link: http://rapidshare.com/files/448250545/DreKlyZone-Files-UPyoursReporters.rar


Artist: Eminem
ALbum: Recovery
Download Link: http://www.fileserve.com/file/FmGkjNY


Artist: Katy Perry
Album: Teenage Dream
Download Link: http://www.filesonic.com/file/170850501/KP-TeenDream.rar


Artist: Taylor Swift
Album: Speak Now
Download Link: http://www.fileserve.com/file/ZaNZNYV

Blogging using email

Test. Test. Test.

1 2 3...



Done..



Now boleh blogging gune Blackberry :)



-N.A.-

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 8 March 2011

Nasihat Dalam Penjagaan Komputer Riba (Laptop)

Tips Penjagaan Laptop (dari segi fizikal)
Alienware M17x - Laptop Terbaik utk Gaming

1. JANGAN tinggalkan apa-apa antara skrin laptop dan papa kekunci (keyboard) walaupun sehelai kertas kerana ia akan mencalarkan skrin. Ia jua bermaksud, JANGAN benarkan sesiapa menyentuh skrin laptop TERMASUK anda sendiri. Ini kerana jika ia disentuh dengan cukup kuat dan cukup kerap akan merosakkan skrin laptop. Perlu diingatkan skrin laptop TIDAK sama dengan touch screen. Touch screen di bina untuk disentuh dan tidak nipis seperti skrin LCD lapto

2. JANGAN letakkan laptop diatas bantal, katil atau bahagian2 lembut. jika anda buat seperti itu, anda telah menutup liang laptop, memerangkap kepanasan yg dihasilkan oleh kerja2 laptop. ini seperti anda bayngkan anda meletak laptop di atas riba anda, untuk jangka masa pendek ianya OK, tetapi untuk jangka masa lama? sudah tentu riba nada akan panas bukan? GUNAkan lapisan yang rata dimana aliran keluar haba kepanasan itu boleh keluar. Dan kadar laptop anda jatuh juga tiada!

3. Jika anda ingin meninggalkan laptop sebentar, adalah elok membiar lid laptop terbuka (tidak rapatkan skrin ke papan kekunci). Tetapi jika untuk jangka masa lama, eloklah jika anda memutup lid dan membiarkan dalam keadaan hibernasi (hibernate) atau Standby.

4. Laptop memerlukan sumber tenaga yang bersih. Bersih disini bermaksud keupayaan tenaga yang diperlukan untuk laptop. walaupun ia jarang berlaku pada laptop dan kesan tinggi hanya pada desktop, tetapi ia juga penting.

5. Jika hendak membawa laptop ke mana2, PASTIKAN anda menggunakan beg yang khas atau sesuai untuk laptop iaitu yang kalis air (memandangkan Malaysia sering turun hujan), dapat menyerap hentakan dan menyerap kejutan elektrik.

6. meminjam kata2 Uncle Ben dalam Spiderman "With greater mobility comes greater responsility", JANGAN SESEKALI menghiudpkan laptop dan TERUTAMA kepada para gamers apabila membawa laptop dari kawasan panas ke sejuk. Situasi panas mengandungi banyak wap air dan apabila dibawa ke tempat sejuk, lebihan wap air akan terkondensasi(amek kau ayat sains) pada part2 komputer. dan jika meng-on-kan laptop dengan tergesa-gesa, laptop anda boleh mengalami litar pintas. Oleh itu biarkan laptop anda bersesuaian dengan suhu sekitar selama 10-15 minit sebelum menghidupkannya bagi mengelak litar pintas.

7. PASTIKAN tiada cecair disekeliling laptop dan pastikan laptop anda kering sepenuhnya. MINUM sambil menggunakan laptop adalah DILARANG!

8. JANGAN pandai2 godek/baiki laptop anda dengan sendiri. jika laptop anda masih DALAM warranty, sila hantar ke kedai warranty. Jika tidak hantar je ke kedai komputer. Jika ingin melakukan sendiri, pastikan ilmu cukup di dada dan minta bantuan orang lain atau tunjuk ajar orang lain. JANGAN bodoh sombong.

9. Laptop boleh di upgarde pada part2 tertentu sahaja seperti RAM (Random Access Memory), Hard Disk dan Optical Disk (Tempat read CD/DVD). Jika hendak upgrade pastikan ianya halal dan original! Jika anda beli barangan cetak rompak atau yang tidak sesuai maka BABAI la jawapannya :)

10. Pakai cooler fan yang BAGUS untuk mengurangkan kepanasan laptop.

Untuk memuat naik senarai harga barangan hardware dan perisisan komputer:
::KLIK SINI::

Ulangtahun Kita ke-3

8 Mac

Kita mengingati detik ini.
Detik dimana senyuman terukir pada wajah kita.
Segala perit jerih terbaloi pada detik ini.
Kita bersama-sama menumbuk udara.

Kita berpelukan kegembiraan.
Diselangi dengan lafaz kesyukuran.
Detik dimana nyalanya harapan.
Hati saja tahu bagaimana perasaan.

Sekalung tahniah pada kita yang berani.
Sekalung harapan disandar pada kita.
Sekalung semangat dibawa ke hari ini.
Mudahan esok menjadi milik kita.

Perjalanan ini masih jauh.
Masih banyak tawa duka untuk kita.
Jangan sesekali hampa bila jatuh.
Bangkit dan yakinlah pada Yang Esa!

(M.N., 0948am 8 Mac 2011)

3 years punch the air together <3

Monday 7 March 2011

Sekapur Sirih dari Tuan Tanah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Berdirinya saya disini..chewaahh..macam pidato lak. okay.. kat bawah ni merupakan my personal info:
- Nama: Muhammad Nazim Bin Abdullah
- Short: Nazim or Ajim
- Asal: Kuala Lumpur
- D.O.B: 2 Februari 1992
- Status: Single dan boleh isi borang MC (Mintak Couple) *Kidding
- Pekerjaan: Student dan Aktivis
- Hobi: Sport, Gaming dan Surfing
- Skills: Computer stuffs
- Education: Darjah 1-6 at SKTM, KL (UPSR 5As), Tgktn 1 at Sek Aminuddin Baki, KL > Tgktn 1-5 at MRSM (PMR 7As and SPM 3A+, 1A, 4B+ and 1C+) > College
hurrrrrmmm, apa lagi ye? tu je la kot. if korang nak tau pasal diri aku, oleh la drop comment pada entri ini :)
Sebelum aku mengakhiri kalimah, elok saja aku meletakkan tafsiran Surah pembukaan, Al-Fatihah untuk penghayatan bersama:
  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
  5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
  7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Semoga apa-apa yang kita kerjakan mendapat RAHMAT dari ALLAH :)

Aku Tidak Hensem Pun