Malam Jumaat sudah sampai, tiba masa untuk kuliah Jumaat bersama NA
Hari ini aku nak membincangkan tentang kepentingan menimba ilmu menerusi Surah Al-Alaq (Segumpal Darah):
Tafsiran:
1. Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
5. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
6. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
7. Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
8. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan)
9. Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang)
10. Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
11. Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul?
12. Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
13. Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
14. Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
15. Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),
16. Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
17. Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
18. Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
19. Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
Isi-isi:
- Allah suro kita belajar menuntut ilmu walaupun ilmu itu kecil kalau kita tak mencari, mengkaji dan mempelajari ilmu2 ini, jahil dan bodoh la kita.
- kita kadang2 rasa diri kita ni dah perfect. kita ada harta, keluarga, kawan2, kekasih. kadang2 kita melampau mencintai kekasih ngn kawan2? percayalah! mereka akan pergi meninggalkan kita suatu hari nanti kan?
- kita jugak ada yang menghasut kawan kita, mengajak kawan kita, pengaruh rakan kita buat benda2 yang berdosa. kadang2 ada member kita nak start sembahyang, kita perli dieorg; "konon alim la kan nak sembahyang", "sembahyang tuuuu". kenapa kita nak perli dan hina kawan2 yg nak mendekatkan diri pada Tuhan mereka? tau tak bende yang korang buat ni balasan die sangat dahsyat = NERAKA!
- kita tak pernah lihat neraka, kita x pernah rasa bagaimana neraka itu, kita x pernah tgk muka malaikat yang menjaga neraka. so mmglah kita rasa neraka itu satu perkataan sahaja kan? meh aku bgtau korg satu hadith yang bermaksud:
Allah bawak pada hari akhirat, manusia paling derita dalam dunia ini. Allah ambil dia, Allah masukkan, dicelupkan dia ke dalam syurga..kemudian Allah keluarkan dia. Lalu di tanya dia, "Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup ini?". Dia menjawab, "TAK! Aku tak pernah merasa derita pun dalam hidup ini". Kemudian Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini. Segalanya nikmat dirasai dan Allah masukkan, celupkan dia kedalam neraka. Dan dikeluarkan dia dari neraka. Allah tanya dia, "Pernahkah kau merasai kenikmatan dalam hidup ini?". Dia menjawab, "TAK! Aku tak pernah ada nikmat dalam hidup ini"(Hadith Muslim)
- hanya dengan satu celupan dalam syurga, manusia lupa kat penderitaan dalam hidupnya.
- hanya dengan satu celupan dalam neraka, manusia lupa kat kenikmatan dalam hidupnya.
- kawan2 yang nak berubah kearah kebaikan! dengar sini! jangan mudah mengalah! kuatkan mental dan fizikal! membuat baik memang susah! membuat jahat memang senang! Semoga Allah memberi kemenangan dalam hidup kita!
No comments:
Post a Comment