Alienware M17x - Laptop Terbaik utk Gaming |
1. JANGAN tinggalkan apa-apa antara skrin laptop dan papa kekunci (keyboard) walaupun sehelai kertas kerana ia akan mencalarkan skrin. Ia jua bermaksud, JANGAN benarkan sesiapa menyentuh skrin laptop TERMASUK anda sendiri. Ini kerana jika ia disentuh dengan cukup kuat dan cukup kerap akan merosakkan skrin laptop. Perlu diingatkan skrin laptop TIDAK sama dengan touch screen. Touch screen di bina untuk disentuh dan tidak nipis seperti skrin LCD lapto
2. JANGAN letakkan laptop diatas bantal, katil atau bahagian2 lembut. jika anda buat seperti itu, anda telah menutup liang laptop, memerangkap kepanasan yg dihasilkan oleh kerja2 laptop. ini seperti anda bayngkan anda meletak laptop di atas riba anda, untuk jangka masa pendek ianya OK, tetapi untuk jangka masa lama? sudah tentu riba nada akan panas bukan? GUNAkan lapisan yang rata dimana aliran keluar haba kepanasan itu boleh keluar. Dan kadar laptop anda jatuh juga tiada!
3. Jika anda ingin meninggalkan laptop sebentar, adalah elok membiar lid laptop terbuka (tidak rapatkan skrin ke papan kekunci). Tetapi jika untuk jangka masa lama, eloklah jika anda memutup lid dan membiarkan dalam keadaan hibernasi (hibernate) atau Standby.
4. Laptop memerlukan sumber tenaga yang bersih. Bersih disini bermaksud keupayaan tenaga yang diperlukan untuk laptop. walaupun ia jarang berlaku pada laptop dan kesan tinggi hanya pada desktop, tetapi ia juga penting.
5. Jika hendak membawa laptop ke mana2, PASTIKAN anda menggunakan beg yang khas atau sesuai untuk laptop iaitu yang kalis air (memandangkan Malaysia sering turun hujan), dapat menyerap hentakan dan menyerap kejutan elektrik.
6. meminjam kata2 Uncle Ben dalam Spiderman "With greater mobility comes greater responsility", JANGAN SESEKALI menghiudpkan laptop dan TERUTAMA kepada para gamers apabila membawa laptop dari kawasan panas ke sejuk. Situasi panas mengandungi banyak wap air dan apabila dibawa ke tempat sejuk, lebihan wap air akan terkondensasi(amek kau ayat sains) pada part2 komputer. dan jika meng-on-kan laptop dengan tergesa-gesa, laptop anda boleh mengalami litar pintas. Oleh itu biarkan laptop anda bersesuaian dengan suhu sekitar selama 10-15 minit sebelum menghidupkannya bagi mengelak litar pintas.
7. PASTIKAN tiada cecair disekeliling laptop dan pastikan laptop anda kering sepenuhnya. MINUM sambil menggunakan laptop adalah DILARANG!
8. JANGAN pandai2 godek/baiki laptop anda dengan sendiri. jika laptop anda masih DALAM warranty, sila hantar ke kedai warranty. Jika tidak hantar je ke kedai komputer. Jika ingin melakukan sendiri, pastikan ilmu cukup di dada dan minta bantuan orang lain atau tunjuk ajar orang lain. JANGAN bodoh sombong.
9. Laptop boleh di upgarde pada part2 tertentu sahaja seperti RAM (Random Access Memory), Hard Disk dan Optical Disk (Tempat read CD/DVD). Jika hendak upgrade pastikan ianya halal dan original! Jika anda beli barangan cetak rompak atau yang tidak sesuai maka BABAI la jawapannya :)
10. Pakai cooler fan yang BAGUS untuk mengurangkan kepanasan laptop.
Untuk memuat naik senarai harga barangan hardware dan perisisan komputer:
::KLIK SINI::
No comments:
Post a Comment