1 minggu ni banyak dugaan berlaku kpd kami. mungkin ini ujian Allah. nak tak nak perlu lalui walaupun perit dan getir. tiap-tiap hari kami diuji, dihina dan dimaki begitu rupa. tapi tak apa, kami yakin dengan janji Tuhan. Tuhan TIDAK pernah memungkiri janji-Nya. kalau balasan kebaikan itu kami peroleh selepas kami mati pun tidak apa. kami menunggu. kerana kami yakin dengan Tuhan kami. kadangkala rasa tertekan, rasa sedih, aku pernah menangis akibat tekanan-tekanan ini. tapi bukan maksud menyerah kalah. TIDAK sama sekali kami akan tumbang. walaupun ada yang tumbang. tapi walaupun ramai yang tumbang, LEBIH RAMAI yang menyertai kami. keperitan yang dilalui merupakan satu resepi untuk menjadi lebih KUAT. aku sendiri bertambah kuat dari sehari ke sehari. jalan yang kami pilih ini tiada patah balik. NO TURNING BACK. selagi hayat dikandung badan, aku dan kawan-kawan aku terus mara kehadapan sehingga KEMERDEKAAN sebenar dicapai. kami yakin dengan hari mendatang yang memberi sinaran senyuman yang paling manis dalam hidup kami. hari itu kami akan angkat tangan, menumbuk langit sambil senyum bersama-sama serta bersyukur pada Tuhan :)
*aku mengalirkan air mata melihat kau. ya aku sedih dan menagis melihat kau diperlaku begitu. tapu kau tetap bersabar. menyebabkan aku juga bersabar.
"apalah hidup ini tanpa cabaran. tanpa cabaran hidup ini NOTHING. FIGHT till END"
-N.A-
(1020am, 20110328, Damansara)
No comments:
Post a Comment