Thursday 10 March 2011

Tablet War 1 : HP Slate vs Samsung Galaxy Tab vs iPad vs Blackberry PlayBook

Entri kali ini aku nak berbicara soal teknologi. aku tau ramai dok syok nak pakai iPad. yelah org Malaysia ni tahu iPad je. Tablet yang lain-lain mana korang ambik kesah sangat. OK. Di sini aku nak membuka mata korang dengan memperkenalkan tablet device selain dari iPad.
antara tablet device yang lain adalah:

1. HP Slate 500
2. Samsung Galaxy Tab
3. Balckberry Playbook
4. iPad Wifi
5. iPad 3G

HP Slate:
Sebuah tablet mengunakan OS Windows dan mempunyai kelajuan processor 1.8Ghz Intel Atom Z540 menjadikan ia terlaju berbanding lain2 tablet. HP Slate jugak menyajikan kelajuan RAM tertinggi iaitu 2Gb kerana untuk menyokong penggunaan Operating System Windows. Kapasiti storage juga tinggi seperti iPad iaitu 64Gb. Mempunyai paparan skrin kecil berbanding iPad tetapi berjisim berat berbanding semua. Mempunyai kelemahan dimana tidak menyokong fungsi 3G dan GPS. Namun mempunyai kelebihan berbanding iPad dan Blackberry Playbook dari segi kemudahan port USB (iPad tiada), kamera 3MP dan kamera video-call VGA dihadapan(iPad tiada) dan mempunyai slot storage tambahan dimana iPad dan Blackberry Playbook tidak menyokong. Namun harga HP Slate merupakan termahal antara kesemuanya iaitu RM 2460.00 +- dan daya ketahanan bateri rendah iaitu 5 jam.

Samsung Galaxy Tab:
Sebuah tablet yang disokong Operating System Android 2.2 dan mempunyai kelajuan processor 1Ghz ARM Cortex A8. Dengan platform OS Android, Samsung Galaxy Tab sesuai untuk menjalankan fungsi multi tasking (iaitu membuat pelbagai kerja dalam satu masa). Di sokong dengan 3G, Bluetooth 3.0 dan Wi-Fi. Dari segi fungsi kamera pula, kamera depan (video call) 1.3 Megapixel dan kamera utama (belakang) 3.2 Megapixel. Tablet ini juga di sokong dengan Adobe Flash 10.1 dimana iPad tiada. Memandangkan ianya Google menyokong tablet ini, maka servis-servis Google seperti Google Calendar, Google Outlook, Google Maps, dan sebagainya terdapat pada tablet ini berbanding lain. Application untuk Samsung Galaxy Tab boleh didapati di Android Market. Samsung Galaxy Tab mempunyai daya ketahanan bateri 7 jam. Harga pula sekitar RM 1850.00 +-.

iPad Wifi/3G:
Tablet ini aku rasa tak perlu sangat perincikan sebab ramai orang Malaysia kat luar sana pernah menggunakan iPad bukan? Sedikit info je la aku nak terangkan. Tablet ini menggunakan operating system Apple iOS 4.2 (November 2010) dan berkelajuan 1Ghz Apple A4. Tidak mempunyai slot storage tambahan, tiada USB port, tidak mempunyai kamera hadapan (video calling), tiada sokongan Adobe Flash dimana lawan sesawang (website) yang menggunakan flash tidak disokong, tiada fungsi GPS, RAM yang rendah iaitu 256MB dan macam2 kekurangan! TIDAK PAHAM kepada orang Malaysia syok sangat dengan iPad ni!

Blackberry PlayBook:
PlayBook merupakan tablet terbaik antara kesemua menurut pedapat peribadi aku. Dari OS ke kamera ke harga. Kesemuanya terbaik berdasar harga. Tablet ini dijana oleh operating system RIM Blackberry Tablet OS dengan kelajuan 1GHz DUAL CORE! Antara tablet terkecil dan teringan antara kesemua tablet. Sokongan RAM berkelajuan 1GB berbanding iPad 256MB sahaja. Mempunyai 2 kamera depan (video call) dan belakang (main) dimana depan 3MP dan belakang 5MP. Dan lebih baik, PlayBook boleh merakam 1080p HD Video. OS PlayBook merupakan seperti kombinasi Blackberry OS6 (OS utk BB Torch) dan Palm's Web OS serta mempunyai alat untuk mejalankan fungsi multitasking. RIM (pembina PlayBook dan BB) dan Adobe bekerjasama menyokong fungsi Adobe Flash Player 10.1 serta Adobe AIR. PlayBook juga menyokong fungsi 4G dan 3G jika menggunakan Blackberry phone sebagai modem. Kemudahan WiFi dan Bluetooth juga terdapat. Sokongan wireless kepada BB Phone juga terdapat bagi access kepada Email, calendar, address book, task list dan BBM dari Smartphone ke PlayBook. Mempunyai slot storage tambahan Micro USB. Harga pula sekitar RM1500+-

Ringkasan:

Pilihan aku:
BLACKBERRY PLAYBOOK

Reason:
Anda boleh menilai sendiri kenapa aku pilih PlayBook.

Mari lihat perbandingan PlayBook dan iPad:



Okayh sampai disini sahaja review aku.

MINGGU DEPAN aku akan mereview tablet generasi seterusnya iaitu iPad 2, Motorola Xoom Samsung Galaxy Tab 10.1, HP TouchPad dan apakah Blackberry PlayBook mampu bersaing dengan mereka.

Sekian.

N.A.

1 comment:

senyumsokmo said...

salam...menarik sekali...bile nak kuar review seterusnya bro?..tulis mggu depan tu..cari2 x jupe ehehe..