Pada Ahad malam (9.00 - 10.30 malam) aku telah berkejaran ke KLCASH dari Shah Alam (Konvensyen Piliharaya PKR) untuk pelancaran Perhimpunan BERSIH 9 Julai 2011 ini. BERSIH adalah Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil yg terdiri dari lebih 80 NGO yang akan menjayakan Walk For Democracy pada 9 Julai ini.
BERSIH 2.0 yang dipengerusikan oleh Bekas Presiden BAR, Datuk Ambiga telah menuntut reformasi pilihanraya. 8 tuntutan tersebut adalah:
1. Pembersihan daftar pemilih
2. Pemansuhan undi pos
3. Penggunaan dakwat kekal
4. Tempoh kempen minima 21 hari
5. Akses media yang adil kepada semua
6. Pengukuhan dan menghentikan penyalahgunaan kuasa institusi awam
7. Menolak rasuah politik
dan
8. Menolak politik lucah dan fitnah
A. Samad Said juga menyokong BERSIH! |
Datuk Ambiga, Perngerusi BERSIH 2.0 memberi ucapan. |
No comments:
Post a Comment