Monday, 18 July 2011

berehat. hati ini perlu berehat. hati melahirkan perasaan. perasaan ini tidak pernah difahami. kenapa sukar memahami? barangkali kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan diri ini. tapi pada mulanya, berjanji untuk memahami. itulah manusia. bahtera hati ini akan belayar meninggalkan laju sesiapa sahaja. biar lagu ombak menemani pelayaran ini. mungkin juga sekawan ikan duyung akan menemani sepanjang pelayaran ke destinasi yang dituju. ombak? ribut? apalah sangat halangan ini. semua ini nikmat Tuhan berikan pada aku. nikmat ini suatu pengalaman berharga kan. apalah erti kehidupan tanpa cabaran dan rintangan. diharap kapal ini bakal berlayar jauh supaya tiada kelihatan kapal lain mengejar dan menawan. biarlah kapal ini meneroka lautan luas terbentang ini. sehingga kapal ini sampai menuju destinasi.

MNA
(0400, 18072011, KT)

No comments: