Thursday, 28 April 2011

Darth Vader VS Thor : Siapa Hebat?


Darth Vader:


VS

Thor:


Sape lagi kuat? 
HAHAHAHA

*Cute je dua-dua budak tu...



-N.A.-
(2151pm, 28042011, KT)

Monday, 25 April 2011

Hebahan Segera!



Ceramah Perdana "Kebangkitan Rakyat Sarawak"


Lokasi: Dewan Nusa Bakti, Jalan Wawasan 3, Bandar Baru Ampang, Ampang, Selangor

Tarikh: 29 April 2011, Jumaat

Masa: 9.00 malam

Penceramah:
1. Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Malaysia)
2. YB Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak)
3. YB Zuraidah Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang)
4. YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu)
5. YB Khasim Abd. Aziz (Ahli Dwn Undangan Negeri Lembah Jaya)

Isu:
1. Isu Pasca Pilihanraya Negeri Sarawak
2. Isu Pentakbiran
3. Isu Selangor
4. Isu Kes Fitnah Liwat 2
5. Isu Kes Fitnah Video Seks


*Warga sekitar Ampang, Keramat, Wangsa Maju, Gombak, Pandan, Setiawangsa dan seluruh warga Selangor dan Kuala Lumpur dijemput hadir*




-N.A.-
(1300pm, 25042011, KT)

Sunday, 24 April 2011

Lawak Omega 3 Mat Boroi yang paling Tidak Ranjang Adengannya

Najib's Favourite Number is 5
Adengan paling tidak ranjang

Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.

Walau apa pun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa begitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menelefon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak, tak sabar-sabar nak menonton Tiga Mat Boroi. Cepat-cepat aku seterika baju dan seluar.

Aku juga merasa amat amat gembira kerana dapat sama-sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Le Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80-an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal kanak-kanak dan buat anak. Dari apa yang aku difahamkan, filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap engaging atau filem fikrah.

Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah dijemput untuk melihat tayangan eklusif Tiga Mat Boroi ini. Tayangan ini bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eklusif - Le Carcosa.

Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu Queen Elizebeth pernah terkencing berdiri di tandasnya. Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Kommonwealth pada tahun 1998 dahulu.

Berita Queen Elizebeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak-anak muda. Amat ditakuti kalau-kalau anak muda akan pergi beramai-ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing.

Bila aku sampai ke Le Carcosa, aku telah disambut oleh lelaki gelap berpakaian serba hitam, termasuk berkaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakon dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti samseng dalam filem Tamil - bangang tapi lawak.

Kemudian aku pun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan wartawan yang telah datang lebih awal berada di situ. Semuanya kelihatan resah dan gelisah , duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar.

Sebelum filem diputar, Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Mat Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas. Menurut pengarah filem ini, dengan laporan media pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton.

Filem pun diputar. Belum sampai tiga minit, mula kedengaran orang berdengkur. Pada minit ketujuh, dua orang penonton bangun untuk ke tandas. Untuk aku, ini petanda yang kurang sihat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi.

Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adegan yang sedang bergerak di hadapan mata. Aku terperanjat besar. Menurut Le Petit Tambi, filem ini adalah filem drama politik yang serius. Tetapi bila aku lihat, filem ini adalah filem komedi bodoh bergenre Senario.

Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk sebegini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serius. Filem genre politik yang serius untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu. Filem-filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan dalam dunia perfileman.

Sebelum filem diputar tadi, Le Petit Tambi juga berkata bahawa adegan di ranjang dalam filem ini cukup hebat. Pengarah telah menggunakan lapan buah kamera. Ini untuk memastikan semua sudut dirakam tanpa ada potongan. Penggunaan lapan buah kamera ini cukup hebat, malah lebih hebat dari Stanley Kubrick ketika membuat adegan ranjang dalam Lolita. Stanley Kubrick hanya menggunakan tujuh buah kamera sahaja. Ini betul-betul sikap Malaysia Boleh dari Le Petit Tambi!

Menurut Le Petit Tambi, filem ini mengisahkan seorang negarawan ulung yang telah digoda oleh seorang gadis Siam. Si gadis ini adalah pengintip macam Mata Hari yang dihantar khusus ke Malaysia oleh kerajaan Siam untuk mengagalkan projek Getah Negara. Jika projek Getah Negara ini berjaya, maka Siam akan kehilangan pasaran yang amat besar. Inilah jalan cerita filem ini.

Bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi tentang adegan ranjang ini, air liur aku meleleh. Aku ternanti-nanti adegan ranjang ini. Malah aku telah bersedia dengan sarung tangan, jika kejantanan aku terganggu. Jika terganggu, aku tahu apa yang wajib aku lakukan.


Tup! Tup! Apabila adegan ranjang bermula, aku terperanjat besar. Aku merasa tertipu. Walaupun lapan kamera digunakan dari pelbagai sudut, semuanya kelihatan gagal. Semua gambar kabur dan bergoyang- goyang. Tidak ada satu pun kamera yang berani menyorot dekat. Semua gambar diambil dari jarak jauh - long shot.

Malah cukup menyedihkan kerana tidak ada satu pun reverse angle untuk memperlihatkan reaksi muka negarawan yang sedang bertogel. Apa yang jelas dilihat hanyalah punggung dan bahagian belakang si negarawan ini sahaja. Macam si negarawan sedang membuat tekan tubi.

Adegan ranjang ini adalah adegan yang paling tidak ranjang, yang pernah aku lihat. Gambar yang agak kabur dan bergoyang-goyang ini bertambah buruk lagi dengan lakonan kaku watak utamanya. Pelakon yang menjadi negarawan ini kelihatan tidak kacak. Kalau tidak kacak tetapi memilik badan yang gagah perkasa, mungkin juga penonton akan berpuas hati. Tetapi ini tidak juga berlaku.

Mengikut istilah 'nyah ', badan pelakon utama ini, "cukup mak tak taste."

Biar aku berkata jujur bahawa pelakon ini kelihatan boroi. Keboroiannya kelihatan jelas apabila dia bangun untuk memakai seluar. Perutnya kelihatan gendut. Malah apabila dia bangun, aku terdengar ramai yang ketawa melihat perutnya yang boroi dan bergoyang-goyang.

Mengambil pelakon berperut boroi adakah kesilapan yang amat besar. Dalam pembikinan filem, amat penting pemegang watak utama dilihat kacak dan bergaya. Kalau pun bukan bermuka Brad Pitt, sekurang kurangnya pilihlah muka kacak seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apabila wira filem ini mula berjalan, aku hampir terbarai ketawa. Tetapi kerana hormat kepada penonton yang lain aku terpaksa mengigit jari untuk menahannya. Sakit perut aku menekan ketawa masuk ke perut.
Bayangkan, siapa pun akan ketawa apabila melihat imej negarawan ini, bukan sahaja boroi, pungungnya tonggek pula. Oh la la... di mana silapnya tuan pengarah ini? Mata aku mencari-cari dalam gelap, di manakah Le Petit Tambi? Pada ketika itu, aku rasa nak memberi satu penampar kepada tuan pengarah.

Kemudian si negarawan bangun untuk memakai baju. Nah, sekali lagi aku teperanjat. Kelihatan jelas tangannya yang memegang baju itu kelihatan berbulu lebat. Memang betul, bukanlah berbulu macam King Kong. Tetapi aku amat yakin pelakon ini cukup sesuai untuk berlakon dalam iklan Gillette. Tangannya yang berbulu itu akan kelihatan licin jika dicukur dengan Gillette.

Bila lampu dibuka, aku terperanjat sekali lagi. Hanya tinggal lima kerat dalam panggung Carcosa ini. Penonton yang lain telah senyap-senyap cabut pulang. Aku diperkenalkan oleh Le Petit Tambi dengan dua orang lagi yang menjadi pembantu pengarah. Bila aku lihat muka pembantu pengarah ini, aku rasa nak menempeleng kepala mereka. Muka mereka kelihatan 'poyo' walau pun mereka kelihatan bangga menjayakan filem ini.

Le Petit Tambi tanpa malu dan segan telah berkata bahawa filem ini akan di bawa ke pesta filem di Cannes. Sedih bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi ini. Aku merasa sedih kerana kebodohan mereka. Aku rasa filem ini, kalau YouTube adakan syarat piawaian, sudah pasti filem ini tidak akan lepas.

Bila sampai ke rumah, aku termenung dan langsung membuka internet. Aku terperanjat beruk apabila membaca tentang Ummi Ufilada yang telah membuat sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa dia memiliki 18 buah lagi filem yang akan menandingi kehebatan filem Tiga Mat Boroi. Aku hampir pengsan apabila membaca berita ini. Nampaknya si Ummi ini ingin bertempur dengan Le Petit Tambi.

Lalu aku terfikir, apa sudah jadi? Lalu aku bertanya, ke mana arahnya perkembangan filem Melayu hari ini? Apakah peranan Finas telah gagal? Apakah desas-desus yang aku dengar tentang Finas kini betul?

Untuk para pembaca yang teringin menonton filem Tiga Mat Boroi ini, lupakan sahaja. Tetapi kalau nak melihat orang boroi tak susah. Yang agak susah ialah bertemu orang boroi yang tonggek dan tangan bebulu. Orang jenis ini hanya berada di Siam. Tetapi kepada anak muda, kalau hendak pergi terkencing berdiri di paggung Le Carcosa seperti Queen Elizebeth dipersilakan.

Lawak Mat Boroi belum selesai

“Datuk T”, Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Anwar Ibrahim. Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan minggu lalu, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah - (petikan dari Malaysian Insider.Com)

Lawak filem Tiga Mat Boroi ini nampaknya belum selesai. Macam-macam yang sempat aku dengar. Macam-macam khabar angin yang sampai. Semua tak boleh dipakai. Semuanya buat kelentong. Semua jual taik minyak. Aku sampai tak kering gusi kerana ketawa membaca berita yang bersangkutan dengan Tiga Mat Boroi ini.

Mulanya aku baca berita tentang Si Mamat yang jadi menteri undang-Undang. Mamat ini suka buat lawak. Dia seorang pakar lawak di Parlimen. Mamat ini pakar lawak sempit. Lawak sempit ini adalah satu genre lawak di mana kalau kita meminati dan percayai dengan lawak ini maka otak kita akan menjadi sempit. Lagi banyak kita dengar lawak ini lagi sempit otak kita.

Contohnya: Pada awalan apabila filem Tiga Mat Boroi ini ditayangkan di Carcosa, si Mamat ini telah berkata bahawa Tuan Pengarah dan Tuan Pengedar filem ini tidak boleh disaman. Ada hukum dan undang-undang yang mempertahankan hak pengarah dan pengedar.

Sehari kemudian si Mamat ini beralih cerita pula. Kali ini dia berkata yang Pengarah dan Pengedar boleh disaman jika dibuktikan filem ini mengarut dan menjadikan penonton sakit perut apabila melihatnya.

Tapi ini belum begitu lawak lagi. Ada satu lagi pelawak yang amat lawak. Si Dol ini mengakui bahawa dirinya adalah pejuang Islam sejati – penjihad Islam. Si Dol ini akan ke hulu ke hilir dengan memakai tarbus Turkinya. Meraban ke hulu ke hilir ini entah apa yang dicarinya.

Di hari pertama Tiga Mat Boroi dibuka di panggung, Si Dol ini telah melalak ke hulu ke hilir mengatakan bahawa jantan dalam filem itu ialah Brad Pitt. Bila diterangkan bahawa ini filem buatan krew Melayu bukan filem Hollywood, si Dol ini tak peduli dia masih berkeras kepala dengan Bradd Pittnya.

Wartawan kemudian bertanya apakah si Dol ini telah menonton filem ini. Jangan terperanjat. Jangan pengsan. Jawapan si Dol ini cukup ilmiah dan berilmu. Cukup dengan nas dan bukti. Lengkap dengan sharawi dan sarkawinya.

'Saya tak perlu tengok filem porno itu. Ianya haram untuk ditonton. Tapi saya tahu jantan yang sedang …ek ek ek… dengan pelacur itu ialah Bradd Pitt'.

Kalau aku wartawan yang ada berhampiran pasti aku belangkong kepala Si Dol ini. Kalau tak menonton filem ini mana tahu Bradd Pitt yang berlakon. Kalau tak baca buku Satanic Verses macam mana minta buku ini diharamkan. Kalau tak tahu tempoyak mana nak kenal ikan patin.

Pening kepala aku. Memang sahih dalam dunia ini ada macam-macam gila. Bila berhadapan dengan orang kurang akal kita tak mungkin dapat melakukan sesuatu. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa manusia macam si Dol ini wujud. Tak mungkin kita hendak kunci mulut si Dol ini dari bercakap. Kalau kita kunci mulut mungkin si Dol ini akan bercakap dari lubang perut pulak. Ini lagi bahaya, bukan saja cakap tak tentu buah butir malah baunya pun akan busuk lagi membusukkan.

Cerita Tiga Mat Boroi ini tak habis di sini. Dua hari dulu sekali lagi negara jadi heboh. Ini apabila ada seorang Pak Sarjan berkata bahawa filem Tiga Mat Boroi ini adalah filem tulen.

Memanglah filem ini filem tulen. Tak ada sesiapa yang mempertikaikan tentang ketulenan filem ini. Apa yang dipertikaikan ialah penonton ingin tahu apakah teknik yang telah digunakan oleh Wira Jantan yang membolehkan dia membuat gerakan Tantrik Yoga di atas ranjang. Ini betul-betul hebat, macam-macam ajaran Kamasutra. Lebih hebat dari 69.

Para penonton sangsi apakah Wira Jantan ini telah diberikan Viagra sebelum adegan ranjang difilemkan. Lalu timbul persoalan di kalangan jantan yang sudah berumur: Apakah semua ini sebenarnya teknologi imej filem yang membolehkan muka dan gerak badan direkacipta.

Adegan ranjang ini juga telah banyak menimbulkan persoalan. Orang ramai memang amat yakin yang filem Tiga Mat Boroi ini filem tulen. Malah keyakinan mereka lebih besar dari Wisma Yakin. Justeru, soal ketulenan tidak timbul di sini. Orang ramai telah sebulat suara bersetuju bahawa tidak mungkin filem ini filem cetak rompak.

Cerita lawak Tiga Mat Boroi ini tidak mungkin habis di sini. Dalam semua lawak, ini aku rasa yang paling terlawak sekali ialah jenaka yang telah dihamburkan oleh Datuk Sk. Lawak ini tidak ada tolok bandingan. Memang betul orang ramai dan penonton kurang arif dari mengetahui siapa sebenarnya Datuk ini. Kita hanya tahu bahawa si Datuk ini adalah orang Siam.

Datuk Sk berkata bahawa filem Tiga Mat Boroi ini adalah 'Anugerah Allah'. Aku terduduk bila membaca ini. Aku pernah dengar orang mendapat Anugerah Bintang Popular, Anugerah Pelakon Terbaik tetapi inilah kali pertama aku dengar sebuah filem telah mendapat Anugerah Allah.

Aku kurang faham, apa maknanya apabila filem Tiga Mat Boroi ini dapat Anugerah Allah? Semua ini persoalan yang memeningkan kepala aku. Tidak cukup dengan misteri Anugerah Allah ini aku juga membaca bahawa Datuk Sk telah berkata bahawa filem ini juga ialah Petunjuk dari Allah.

Nah! Ini lagi memporak-perandakan fikrah aku. Apa maknanya Petunjuk dari Allah?

Nampaknya pada tahun 2011 ini tidak mungkin lagi ada filem yang akan dapat menandingi filem Tiga Mat Boroi. Pengarah-pengarah baru kini banyak yang 'frust' telentang setelah puas 'frust' menonggeng.

Kini terbukti kemustahilan akan ada pengarah yang akan dapat merentasi keupayaan garapan tim Datuk Sk ini; kecuali pengarah ini bermentorkan pelakon tertentu. Atau dapat kautim dengan kumpulan tertentu yang telah dipilih untuk menjadi hakim penilai kesahihan filem Tiga Mat Boroi.

Filem Omega yang Tercicir

Aku tercari-cari alamat tempat yang aku tuju. Agak susah juga kerana aku kurang arif dengan daerah ini. Aku meleser sambil mata aku memandang ke angka rumah rumah kedai yang sedang aku cari. Dua tiga ekor anjing berkeliaran di jalan.

Kebanyakan angka rumah kedai ini telah rahai. Dua kali aku mundar-mandir di lorong yang sama. Nah! Tak berjumpa dengan bangunan yang aku cari. Yang aku nampak hanya perempuan-perempuan cun berbaju ketat, bergincu merah, ranggi dan bergetah berdiri di tepi pintu.

Perempuan-perempuan ini memerhatikan aku. Aku menjual senyum. Seorang Minah melambai. Aku nekad dan memberanikan hati untuk datang bertanya. Minah ini terus ke gigi jalan meninggalkan yang lain. Kemudian aku membuka mulut untuk bertanya: Di mana Galeri le Atalier?

"Abang nak buat apa? Nak buat filem ke?" Suaranya garau dan kasar seperti suara Mat Indon dari Jawa Tengah yang telah sepuluh tahun menetap di Kuala Lumpur. Tersirap darah jantan aku. Astaga! Purtan rupa-rupanya.

Aku menganggukkan kepala. Lalu Si Purtan ini menunjuk bangunan yang sebenarnya tak jauh dari tempat aku berdiri. Si Purtan ini menghulurkan kad niaganya kepada aku. Aku mengambil dan berterima kasih. Kad ini aku simpan ke dalam saku baju. Aku berjalan menuju ke bangunan itu.

Aku menaiki tangga ke tingkat satu. Nampaknya aku sampai ke tempat yang betul. Tetapi kerusi penyambut tamu kosong. Maka aku duduk keseorangan. Aku memerhatikan sekeliling. Saheh tak ada orang. Sekali lagi kepala aku berpusing untuk melihat kalau kalau ada anjing di bilik ini. Sifar.

Tetiba aku terdengar suara kasar dari bilik sebelah ruang tamu. Aku memasang telinga. Kini aku betul-betul macam Mat Skodeng Jawi sedang mengintai di tepi Tasek Perdana Bangi.

"Kau tahu… aku dapat panggilan telefon... bukan sekali... tiga kali... semua dah kantoi. Ini kerja kaulah. Berapa juta duit kau dah kelepet...? Belanja mahal tapi kerja tak rapi. Apa kau ingat orang Malaysia bodoh macam orang Gombak?' Suara lelaki ini kuat dan kasar.

"Apa hal dengan Gombak pulak?" jawab suara lelaki yang agak halus.

"Gombak tempat kamu buat post-productionkan? Bukan aku tak tahu. Kau buat recording pun di sana. Kau kelentong buat di LA. Hei… dengan aku kau jangan nak kelentong."

"Jangan putar alamlah. Jawab soalan aku ini. Siapa pilih pelakon itu? Tak ada pelakon lain ke? Bila tayang dalam YouTube semua orang ketawa. Kau ingat orang Malaysia bodoh..senang ditipu. Pelakon itu boroi. Sejak bila boroi. Kau ingat ini main-main ke? Cuba kau tengok sekali lagi..pasang VCD aku nak tunjuk.'

Aku di ruang tamu mula tersenyum ketika memasang telinga. Bilik senyap - mungkin VCD sedang berputar. Tujuan aku datang ke sini bukan nak dengar orang bergaduh. Aku datang untuk melamar kerja. Aku difahamkam Galeri le Atalier ini memerlukan tenaga untuk pembikinan filem.

"Henti ..henti... Siapa Mamat ini? Apa sebab dia muncul dalam filem ini. Perut pun boroi. Dia ingat dia Alfred Hitchcock. Pengarah nak kena ada dalam filem?" Suara jantan ini makin marah.

"Tak dapat potong yang ini... itu pasal si pengarah itu masuk dalam frame. Kalau potong nanti orang ingat tak ori.'

Baru aku sedar rupa-rupanya Galeri le Atilier ini yang telah membuat filem Tiga Mat Boroi. Wow! Baru aku tahu rupa-rupa di sini sarangnya. Aku merasa begitu gembira kalau aku dapat bekerja dengan le Atalier ini. Le Atalier ini memang gedebe. Dari apa yang aku dengar filem-filem mereka cukup hebat.

Aku dengar juga mereka telah berjaya membuat filem Pontianak Menyundal Di Kalimantan. Dari desas-desus aku mendengar yang syarikat ini juga sedang merancang untuk membuat 'Jangan Tinggalkan Jandaku'. Mungkin inilah projek yang mereka hendak aku turut campur.

"Kau kenal Datuk SK… Kenapa dia buat heboh di akhbar katakan laci bilik hotel berkunci. Gila… mana orang nak percaya. Guna otak..guna otak..Mana pernah laci dalam bilik hotel berkunci. Kalau nak menipu… tipu betul-betul. Laci bilik hotel yang ada kelas tak berkunci… "

Senyap sebentar kemudian lelaki bersuara halus menjawab: "Itu saya tak tahu. Krew saya hanya diupah untuk membuat filem ini saja. Hal mengedar saya tak tahu."

Tanpa aku sedari tetiba tiga lelaki tercegat berdiri tak jauh dari tempat aku duduk. Aku tak sedar bila mereka sampai. Mereka tersenyum dan terus mengambil tempat duduk.

Lelaki yang duduk di sebelah aku menghulur tangan untuk bersalam. Aku menyambut Dia terus bersuara: “ Datang nak casting ke? I dengar dia orang nak buat satu gambar baru. Producer sedang cari pelakon. You berlakon ke?'

Aku mengeleng kepala.

"You nak mengarah ke? I dulu kerja dengan Um. I buat 16 siri untuk dia. Yang dua lagi tu kawan I yang berlakon. Lapan belas semuanya. Tapi satu pun belum tayang. Dengar khabar Jawi belum luluskan. Kerana dalam babak makan… tak seorang pun baca bismilah. Pasal ini Jawi cukup marah.'

Aku perhatikan tiga lelaki ini betul-betul. Kelihatan ketiga-tiga mereka boroi. Lalu aku terfikir apakah boroi ini tanda hidup yang berjaya. Sedang kepala aku ligar berfikir pintu bilik terbuka. Seorang lelaki yang juga boroi berdiri tercegat di tengah pintu.

"Kau orang berempat ini datang casting ke? Bangun aku nak tengok muka?". Aku sedar inilah suara lelaki yang kasar tadi. Tiga lelaki itu bangun berdiri. Aku tetap duduk tidak berganjak.

"Hoi! kau orang bertiga ini kalau nak berlakon kena masuk gym enam bulan dulu. Perut kamu boroi. Watak boroi ada… filem Jantan Dari Pagoh… tapi roll tahun depan. Sekarang ini nak roll filem Omega Yang Tercicir...



*Tulisan ini adalah tulisan sepenuhnya oleh Hishamuddin Rais yang dipinjam melalui blog beliau:

*Beliau seorang penulis, pengarang, pengarah filem, penyajak, aktivis, pejuang hak asasi manusia, reformis

Hishamuddin Rais

*Entri diciplak untuk pembacaan


-N.A.-
(1100am, 24042011, KT)

Saturday, 23 April 2011

Sampai Hati...

Esok mama ayah siblings g Europe! ooo.. dah nak pergi baru nk bgtau kan. sampai hati.. Kenapa la pergi time2 nak exam kan. saje je nak bagi cemburu. eehh.. mane ley cemburu2 dalam family kan ;) 

actually tak kesah pun, sebab Mama dah janji nak beli Blackberry Torch 9800 untuk saya. Sayang Mama ngn Ayah sangat2. Currently saya pakai Android Smartphone HTC Desire HD ;) 

Current: Android HTC Desire HD (1st Phone)
BB Torch 9800 (Future 2nd Phone)


Mama Ayah Siblings cakap nak round2 London, Frankfurt (Germany), Zurich (Switzerland), Paris (France) dan Amsterdam (Netherland/Holland).

Big Ben, Eye of London (London)

Frankfurt, Germany

Zurich, Switzerland

Eiffel Tower (Paris, France)

Amsterdam, Netherland/Holland

Hopefully Mama Ayah Siblings selamat pergi dan selamat balik ye. Jangan di lupekan anak die sorg2 kat Malaysia ni. Hujung tahun ni saya akan balik kampung di Long Beach, California! Yeah! First time balik kampung baru ;)

Anyway, saya gembira  dapat cakap ngn Mama ngn Ayah ngn Siblings tadi. Rindu mereka sangat2! :)

* Tengah sakit kaki tp x nak bgtau Mama Ayah, takot dieorg risau.

Salam


-N.A.-
(1230, 23042011, KT)

Friday, 22 April 2011

Selamat Hari Bumi




Selamat Hari Bumi 
diucap kepada semua warga Bumi :)

Sama-sama kita menjaga bumi kita dari kerosakan.



Allah dah warning kat kita:
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan". 
(2.Surah Al-Baqarah, Ayat 11)

STOP LYNAS!
LYNAS ingin membina logi bahan memproses bahan bumi jarang (Rare Earth) dari AUSTRALIA yang bakal di bina di Gebeng, Kuantan. Jika orang Kuantan tidak menolak pembinaan ini, maka setiap penduduk Kuantan akan menyedut radiasi2 ini.

MARI KITA MENOLAK PEMBINAAN KILANG LYNAS INI!
Nak tahu tak:
Orang Australia sendiri menolak pembinaan kilang ini di tempat mereka, kenapa kita menerima?
Kerana apa?
Kerana
WANG!!!



Anti Najis Nuklear di bina di Bumi Malaysia,

-N.A.-
(1800, 22042011, KT)

Tuesday, 19 April 2011

Kerja

Salam,

Allah bless u and peace upon Prophet Muhammad,

Sudah lama tidak meng-update blog since 2 3 minggu juga la kan. Almaklum lah aku terlibat dalam siri kempen pilihanraya di Sarawak. Alhamdulillah semua baik dan kenangan manis dapat mengenali bumi Sarawak itu. Dari bandar Kuching sehingga ke pendalaman Opar aku dan team aku masuk. Meski pun kalah tapi ia satu kemenangan moral untuk kami semua sebab berjaya menembusi kawasan pendalaman :) ya lah kami tiada ada wang dan jentera besar seperti 'mereka'.

Okay kita tinggalkan soal itu. Aku ingin kembali pada perkara pokok asal. Tajuk entri 'Kerja'. Ya, aku akan berkerja selepas habis semester ini. Aku telah dioffer untuk bekerja sepenuh masa oleh dot dot dot dan TIDAK mahu aku NAFI yang terdapat 'CABLE' :P . Dan aku pun telah bersetuju dengan offer itu. Alhamdulillah rezeki jangan di tolak dan DEMI Allah kerja itu HALAL dan SUCI. Office hour lagi. Tawaran yang tinggi untuk aku yang tidak abes belajar menyebabkan aku nak-tak-nak wajib menerima. Basic RM2000++ excluded elaun. Siapa tak nak kan? So aku terima je la kan ;) 

*Cable tak Cable, rezeki Allah bagi terima je la.
*JANGAN ditanya aku kerja dengan siapa dan dimana, yang penting aku akan SIBUK selepas ini


So, persoalan sekarang, bagaimana pembelajaran? Aku sedang berbincang dengan orang2 tertentu dan pastinya PARENT tentang ini. InsyaAllah segala masalah boleh selesai dengan berlapang dada dan mengguna akal kurniaan Allah ini kan. Yang pastinya aku akan terus belajar! Lambat grad pun lambat la kan. Better late then never!

Sebelum ini aku belajar+kerja sambilam. Kerja sambilan aku = aktivis sosial dan aktivis politik. So kerja2 sambilan aku akan terus buat dan since kerja ini memerlukan duit yg besar, alhamdulillah dengan kerja tetap ini dapat menampung kegiatan aku sebagai aktivis :)

Okaylah, nak g study. Exam just around the corner. Apa2 pun study tu penting dan aku akan pastikan diri aku cukup ilmu di dada. Doakan aku ye kawan2 :) Adios amigos. 

Salam.



-N.A.-
(1300pm, 19042011, KT)

Sunday, 10 April 2011

Kemajuan Sarawak!

OPEN YOUR EYES BEBEH!





*aku sedih tgk orang Sarawak diperlaku begini..



-N.A.-
(10042011, 1430pm, Chendering)

Thursday, 7 April 2011

Poll / Undian

Jam 3.58 pagi

Soalan poll: Apa pendirian anda selepas menonton "Video Sex Anwar?"
Jumlah undian 6075
Pecahan undian:
"Konspirasi jahat umNO" - 3664 (60.31%)
"Memang Anwar" - 366 (5.53%)
"Mohon siasatan menyeluruh" - 1160 (19.15%)
"Ada aku kesah" - 885 (14.61%)

Jika ingin mengundi boleh klik pada link ini >>[KLIK SINI]<<

Sebelum itu mari tonton ini:




* Keluarlah video penuh 22 minit pun. Kami cybertroops PR akan lawan dan buktikan segala pembohongan ini. Mereka berani? :)

-N.A.-
(07042011, 0411am, Kuala Lumpur)

Monday, 4 April 2011

Doa

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang!
Tiada tempat untuk kami meminta pertolongan selain dari Rabbul Alamin!
ALLAHUAKBAR!

Bismillah
Doa Qunut Nazilah
(Doa menolak bala dan berhadapan musuh) 


Amin

*Doa sebelum aku ke Sarawak esok

-N.A.-
(04042011, 2246pm, Selangor)

Maaf


Maaf aku katakan bahawa buat masa ini aku tidak mahu meminjam dan membenarkan SESIAPA sahaja meminjam duti aku. Bukan kerana aku tidak mempunyai wang atau aku kedekut atau aku sombong. Tetapi aku berasa sangat PELIK dan mungkin FOBIA kerana pernah tertipu dengan orang. Ya aku pernah meminjamkan RM 600.00 pada 'bekas' aku. Dan itu peristiwa 4 bulan lepas. Sehingga hari ini dia tidak membayar satu sen pun pada aku walaupun dia berJANJI pada aku untuk membayar setiap hujung bulan. Lagi satu sebab adalah si peminjam tidak menunjukkan yang dia seorang yang tiada wang sebaliknya gaya kehidupan seperti 'mewah'. Mampu ke sana ke sini dan makan itu makan ini. Tak pernah aku melihat orang yang tiada duit mampu melakukan itu semua. Orang yang tiada duit biasanya akan menggunakan wang yang di pinjam untuk makan sahaja dan bukan untuk berhibur! Mana adab anda sebagai penghutang? Apa perasaan anda bila anda memberi wang kepada seseorang tetapi si peminjam itu menggunakan duit untuk berhibur dan kemudiannya datang kembali kepada anda dan ingin meminjam wang semula! Apakah itu? Bagaimana untuk bersimpati? Apa perasaan anda? Sudah tentu terasa terKILAN bukan? Bukanlah aku hendak berkata begini. Tapi itulah hakikatnya. Serius aku cakap aku TIDAK kedekut untuk memberi pinjam. Tetapi jaga lah perasaan aku. Aku ada mata untuk melihat dan perasaan untuk terkilan. Maaflah. Aku benar-benar minta maaf.


Hari ini merupakan ulangtahun ke-12 penubuhan
Parti KeADILan Rakyat
Aku dah berjuang bersama-sama selama 12 tahun sejak umur aku 6 tahun!
Segala pahit-manis telah aku lalui bersama.
Terima Kasih!



-N.A.-
(04042011)

Sunday, 3 April 2011

Aram Meh Kitai Berubah


Aku akan berada di Sarawak pada:

5, 6, dan 7 Mac 2011

dan

12-17 Mac 2011

Dengan itu sebarang komunikasi akan terbatas pada masa-masa itu sekiranya aku masuk ke kawasan pendalaman. insyaAllah aku busy pada masa itu :)

Motif ke Sarawak adalah
BERJUANG!
Dan dalam PERJUANGAN ini aku telah diamanahkan oleh keluarga aku untuk menderma kepada yang berkenaan RM 1000.00 ( RM 500.00 dari mak ayah dan RM 500.00 duit aku sendiri)
Kawan-kawan doakan aku selamat BERJUANG disana okay :)



Hebahan:
Untuk menderma sempena Pilihanraya Sarawak, boleh disalurkan kepada
564191025409 (Maybank) atas nama 'Parti Keadilan Rakyat'





-N.A.-
(03042011, 1400, Kuala Lumpur)

Saturday, 2 April 2011

Zalim

Aku sebagai ahli GMI, ahli Suaram dan ahli AMK mengutuk keras tindakan polis menahan seorang peniaga dan seorang aktivis OKU (orang kelainan upaya) dibawah ISA (akta keselamatan dalam negeri) di Lembah Pantai hari ini. Ini merupakan satu tindakan zalim dan tidak boleh diterima akal..

-N.A.-
(02042011, 1628pm, Selangor)

Sent from my HTC Desire HD Android smartphone

Hilang, Untuk NN

android dimanakah anda?

Android aku 
HILANG
since semalam
mula-mula ingat tak jumpa dan malas mencari
last2 pagi ini melakukan pencarian kecemasan
memang betul2 tidak jumpa
berdoa je la sambil mencari
arap2 jumpa before balik KL petang ni.

Sorry sesiapa yang texting dan calling.
Sorry juga pada NN sbb tak dapat nyanyi malam tadi.

Selamat Hari Lahir
NAZIM NASRI
ke-18
Allah Bless u always
Matang diri cepat macam i ;p
Semoga murah rezeki
dan panjang umur

nah Cupcake, nak sangatkan :) 
Sorry burok je -_-"


BTW
sungguh selesa di kampung :)



Regards,
-N.A.-
(02042011, 1307pm, Perak)