Sunday 1 May 2011

Internasionale: Sebuah Perjuangan Rakyat

Lagu ini tribute kepada semua rakyat-rakyat yang berjuang dari penindasan dan kezaliman rejim penguasa. Sempena Hari Buruh ini, aku mendoakan dan berusaha mendokong perjuangan rakyat marhaen yang ditindas dan dinafikan hak mereka oleh rejim kerajaan Malaysia. Perjuangan ini perjuangan golongan bawahan yang sejati. Perjuangan jalan raya yang subur dari hati sanubari rakyat marhaen.

BANGUNLAH ANAK MUDA! DUNIA INI MILIK KITA!
BANGUN-BANGUN MELAWAN PENINDASAN REJIM! 
SUARA MUDA SUARA MASA DEPAN SUARA KEBERANIAN SUARA KERAMAT!


INTERNASIONALE:

Bangunlah rakyat yang tertindas
Bangun rakyat yang diperas
Nyalakan api perjuangan
Menjulang kebenaran

Hancurkan segala penindasan
Ayuh kita bangun, bangun
Dunia baru kita dirikan
Pasti jadi kenyataan

Perjuangan penghabisan
Bersatulah melawan
Dan Internasionale
Pasti 'kan berjaya

Perjuangan penghabisan
Bersatulah melawan
Dan Internasionale
Pasti 'kan berjaya!

Tiada raja atau penguasa
Peluru atau penjara
Yang dapat menghalangi kita
Menjadi rakyat merdeka

Selagi nyawa dalam diri
Perjuangan takkan henti
Biar darah membasah bumi
Menyerah takkan sekali

Perjuangan penghabisan
Bersatulah melawan
Dan Internasionale
Pasti 'kan berjaya!



-N.A.-
(1935pm, 01052011, KT)

No comments: